Pengenalan
Seni
Arca mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding dengan seni halus
yang lain.penyataan dalam bentuk tiga deminsi menyebabkan arca diminati
dalam dimensi yang berlainan. bentuk arca yang berjisim mengigatkan
kepada bentuk seni bina. Lantaran itu seni arca dan seni bina boleh
dukatakan sealiran. Pengkarya seni bina sering mengutarakan konsep
arcanya berkaitan dengan alam kehidupan seharian. Pengertian arca
berasal daripada bahasa latin iaitu, Sculpere yang bermakna suatu proses
mengukur,melirik,mencungkil dan Mengguris. Seni arca mula diketahui
apabila terjumpanya patung Cycladic yang diukir disebuah pulau,dilaut.
Aegean lebih kurang 4500 tahun lalu. Pada masa itu arca-arca dibina
dalam bentuk figura manusia(patung).
Persembahan dalam bentuk figura manusia berkaitan dengan system agama dan kepercayaan.
Persembahan dalam bentuk figura manusia berkaitan dengan system agama dan kepercayaan.
Perkembangan seni arca di Malaysia
Perkembangan seni arca di Malaysia
bermula dengan bentuk-bentuk berungsur magik untuk kegunaan keagamaan.
Misalnya patung-patung orang asli iaitu kaum Jah Hut dan Mah Mari yang
mempunyai cici-ciri seumpama itu. Begitu juga dengan keadaanya Megalith
Pedang di Pengkalan Kempas Negeri Sembilan. Hanya pada sekitar tahun
1960an pengkarya mula membina arca bentuk moden antaranya ialah Anthony
Lau, Latiff Mohidan,Syed Ahmad Jamal, Lim Kian Seng dan sebagainya.
Pengarca kini sudah berani berkarya dengan menggunakan perbagai media
dan juga material. Karya selalunya dihasilkan mengikut tema ataa isu-isu
yang tersendiri berdasarkan kehendak pengkarya ataupun kehendak
pasaran.
Seni Arca Asia
Arca di Asia
banyak menggunakan patung-patung yang menggambarkan sesuatu entiti yang
khusus, biasanya manusia,peristiwa,,haiwan atau objek.Tumpuannya ialah
sebagai satu perlambangan. Banyak arca dicipta melalui tempahan untuk
memperingati sesuatu peristiwa bersejarah atau kehidupan seorang tokoh.
Ia bertujuan sebagai seni awam
yang dipamirkan di luar dan kadangkala ia juga dipamirkan di dalam banggunan awam untuk menegaskan sesuatu kepada orang ramai dengan cara yang lebih ketara daripada apa yang boleh ditekankan melalui penggunaan perkataan.Kadangkala,arca-arca yang dihasilkan mempunyai sejarah tersendiri. Pengarca Asia sekarang lebih berani menghasilkan karyamengikut idea dan juga tema-tema. Contohnya pengarca dari Thailand iaitu Chainapa Lepajarn yang telah menghasilkan olahan arca yangberbentuk abstrak. Dari situ dapat dilihat bahawa pengarca asia telah membawa perkembangan mengikut arus kemodenan.

Seni Arca Antarabangsa
Pengarca
antarabangsa kebanyakan merujuk kepada sejarah dan juga budaya
masing-masing sebagai panduan untuk berkarya. Banyak perubahan berlaku
mengikut arus kemodenan. Dengan adanya saina dan teknologi pelbagai
bentuk arca dapat dihasilkan. Arca pada zaman ini juga tidak lagi terhad
kepada carving dan mpdeling. Sekarang iayanya tertumpu kepada bentuk
dan juga pengamatan tiga dimensi. Pengarca menghasilkan karya dengan
menggunakan element seni yang dihasilkan menggunakan pelbagai jenis
bahan. Antaranya besi, Kain,Plastik dan kayu.Kajian arca dengan teori
baru telahmenarik ramai pemerhati dan pemintaan pasaran
kini.Contohnya pengarca dari mexico John Webb yang banyakmenghasilkan karya berbentuk abstrak
dan menggunakan bahan seperti kayu.
dan menggunakan bahan seperti kayu.
Antara
arca yang telah menjadi sejarah antarabangsa Umpamanya pada tahun
1986,apabila Patung Liberty meraikan hari ulang tahun yang ke100, satu
perayaan selama tiga hari telah diadakan yang berjaya menarik Patung
Liberty12 juta pengunjung.
Perayaan ini dikatakan merupakan peristiwa awam yang terbesar di dunia sehingga hari ini.
Definasi Arca
Arca
adalah hasil kerja seni dalam bentuk tiga dimensi. Permukaannya dapat
dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal
daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir,
melarik , mencungkil dan menguris.
Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan, dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.
Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan, dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.
Jenis – jenis arca
Arca
bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar
yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca
abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan
yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut.
Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala
pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk
arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik
dan arca berfungsi.
1. Arca berfungsi (fizikal)
Arca berfungsi adalah jenis yang awal dibina oleh arcawan.Kebanyakan arca ini hanyalah untuk upacara keagamaan dan kebudayaan,mislnya acara (patung kaum Jah Hud dan Mah Meri. Arca ini bukan sekadar dibina untuk tujuan estetika semata-mata,sebaliknya ia mempunyai kepentingan kepada masyarakat. Kini arca dipamirkan di kawasan yang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai seperti ruang legar,bulatan sempang empat dan sebagainya. Kebanyakan arca ini berfungsi untuk menghiburkan pengunjung. Antara arca berfungsi ialah Tugu Negara atau tempat kanak-kanak bermain.

Arca berfungsi fizikal
2. Arca Estetika
Arca jenis ini amat popular. Terdapat arca yang berbentuk realis dan berimej abstrak. Keperluan arca ini adalah menghayati dan menghargai
nilai keindahannya. Oleh itu seseorang memerlukan nilai-nilai intelek
untuk memahaminya. Pada kebiasaannya arca ini dipamirkan di dalam
galeri.
Arca Estetika
Kategori arca
1. Arca Asemblaj
Arca ini adalah cantuman daripada pelbagai bahan buangan yang berbeza dan digabungkan menjadi sebuah arca serta mendapat perhatian di Amerika sekitar tahun 1950-60. Arca tiga dimensi ini dilihat sebagai “junk sculpture”, iaitu arca barangan terpakai atau buruk dan rosak.
2. Arca Binaan
Arca ini ialah pembinaan cantuman daripada bahan-bahan yang sama. Misalnya jika besi maka cantumannya juga besi. Sekiranya bahan kayu maka cantumannya juga adalah kayu. Arca jenis ini boleh dibina berasaskan teknik kerangka atau tidak berkerangka. Untuk teknik kerangka, ia digunakan sebagai struktur asas atau bahagian dalaman biasanya diperbuat daripada dawai, keluli dan sebagainya. Bahagian luar mengandungi lapisan lain seperti bancuhan simen. Arca tanpa kerangka pula dibina berasaskan cantuman bah an-bahan seperti logam yang dicantum samada secara pateri atau kimpalan.
3. Arca Luakan
Pembinaan arca melalui teknik ukiran dan membuang mana-mana bahagian batu atau kayu. Biasanya bahan pembinaan arca ini ialah batu atau kayu, batu marmar, plaster of paris, lilin, tanah liat dan sebagainya. Pelbagai alat digunakan bergantung pada jenis dan kekerasan bahan. Contohnya, jika menggunakan alatan tajam untuk proses memotong, memahat, mengikis dan sebagainya.
4. Arca Timbulan
Arca ini juga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara ciri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.
5. Arca Tambahan
Pembinaan arca tambahan dilakukan dengan menggunakan baha-bahan lembut seperti tanah liat dan bahan-bahan rapuh. Terdapat juga bahan cecair yang kemudiannya dikeraskan melalui acuan seperti plaster of paris, tanah liat, lilin dan sebagainya. Setelah acuan disediakan, cairan akan dituang ke dalam acuan. Seterusnya cairan tersebut akan membeku dan menjadi arca. Contoh arca tambahan / acuan ialah Tugu Negara.

6. Arca Mobail
Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerkannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.

7. Arca Stabail
Stabail
ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak
terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan
atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak
boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau
bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang. Rekaan
stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan
bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di
dinding, tingkap , atau pintu siling.
Ciri – ciri Arca Mengikut Kategori
1. STABAIL
Stabail
ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak
terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan
atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak
boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau
bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang. Rekaan
stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan
bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di
dinding, tingkap atau pintu siling.
2. MOBAIL
Mobail
merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk
membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga
dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya
digantung di atas siling Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk
membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor
oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai
imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas
bergerak.
3. ASEMBLAJ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan