TITIAN DENAI

6 Julai 2010

PROSES PENGHASILAN LOGO


logo syarikat-syarikat terkemuka

Alat dan Bahan

1. Alat : Pensel, pen teknikal, pembaris, berus, set alat geometri, pemadam
2. Bahan : Kertas, warna poster dan dakwat


Proses

1. Penetapan tema logo dan memahami kehendak logo tersebut.

2. Membuat kajian dan mengumpulkan informasi logo sama ada kelas, pertubuhan, persatuan atau korporat.

3. Tentukan saiz dan warna logo yang dikehendaki.

4. Membuat pelbagai lakaran dan perkembangan idea dengan mengutamakan prinsip-prinsip rekaan seperti imbangan , pergerakan, konra dan sebagainya dalam proses penghasilan gubahan.

5. Membuat lakaran akhir bagi idea yang telah dipilih



contoh lakaran idea menggunakan pensel atau pen


lakaran idea logo menggunakan dakwat


penggunaan komputer lebih memudahkan dalam penghasilan pelbagai cadangan idea logo


antara cadangan idea logo


antara cadangan idea logo


antara contoh-contoh logo

Contoh Proses Penghasilan Logo


idea asal logo / bahan kajian, bentuk tangan yang sedang mengenggam


lakaran realistik bentuk tangan tersebut


bentuk tangan yang dipermudahkan lagi


proses perkembangan idea dan idea akhir


idea akhir boleh menggunakan warna poster atau aplikasi komputer photoshop


penambahan unsur-unsur lain pada logo yang dihasilkan


beberapa cadangan warna logo


contoh logo yang telah siap yang digunakan sebagai identiti korporat

KANAK-KANAK DAN SENI

KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK

Berdasarkan teori Pembelajaran Maslow

# Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi seperti keperluan fisiologi iaitu makanan, minuman dan
pakaian.

#Jadikan suasana bilik darjah yang kondusif.

#Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang

#Memupuk nilai penghargaan kendiri dikalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang
sesuai

#Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar

#Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri dan
melibatkan diri secara aktif.

a. Jasmani dan fizikal yang sihat-Tubuh badan yang sihat akan membuatkan pelajar bertambah kreatif dalam pemikirannya. Untuk itu penyediaan pemakanannya adalah penting untuk perkembangan tubuh badan dan fizikal pelajar yang sihat.

b Emosi yang stabil- Emosi pelajar perlulah stabil, peranan ibu bapa dan guru ketika berinteraksi perlulah menunjukkan contoh-contoh yang terbaik ketika berkomunikasi sesama mereka.

c. Kerohanian yang membanggakan-Tahap kerohanian yang dimiliki adalah tinggi

d. Kefahaman intelek yang tinggi– Pelajar perlu mempunyai tahap intelek yang tinggi dan dapat berfikir dengan tepat sebelum membuat sesuatu tindakan.

e. Perhubungan sosial yang menggalakkan – Perhubungan sesama kanak-kanak hendalah didalam keadaan yang harmoni dan saling berinteraksi antara satu sama lain tanpa ada perbalahan

f. Kefahaman tentang nilai-nilai estetik- Setiap kanak-kanak perlu mempunyai kefahaman yang kuat tentang nilai-nilai estetik yang terdapat didalam pendidikan seni visual.

Estetik
latihan-latihan perlu diperbanyakkan supaya kanak-kanak dapat mempelajari konsep penghargaan terhadap sesuatu apa yang dilihat atau dilakukan- diterapkan kedalam minda kanak-kanak maka konsep estetik dapat ditanam seterusnya.

Ciri-ciri Perkembangan Kanak-kanak
#Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai arah tertentu. Perkembangan dan pertumbuhan adalah berperaturan dan dapat dianalisis, baik pada peringkat lahir, mahupun pada peringkat sudah lahir. #Perkembangan berlaku dalam dua arah, iaitu dari kepala ke kaki (cephalocaudal) dan dari tengah ke tepi (proximodistal).
#Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua ahli dalam satu-satu jenis. Kanak-kanak berkembang secara berperingkat.
#Perkembangan berlaku daripada kedaan yang menyeluruh kepada keadaan tertentu.
#Perubahan bersifat kualiti tidak dapat diukur secara tetap tetapi dapat dilihat daripada perubahan sifat.
#Proses perkembangan berterusan iaitu daripada permulaan hingga akhir hayat, iaitu peringkat matang. Ia timbul daripada tindakan saling berkait antara pertumbuhan fizikal dan pembelajaran.
#Perkembangan dipengaruhi oleh baka da persekitaran

Ciri-ciri Perkembangan dan Ciri-ciri Ekspresi
- Beri peluang untuk bekerja dengan berbagai bahan,cara dan teknik kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong.
- Aktivti seni juga mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanak-kanak. seperti menyentuh, menguling, menguli, meramas, menggosok, mendengar, mengesan bunyi,menghidu, meniru aksi untuk mengenal sesuatu.
- aktiviti seni juga mudah dilaksanakan ketika bermain dan boleh dikaitkan dengan sesuatu yang digemari dan diminati .

Kreativiti
Proses kreativiti boleh melibatkan:
* Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti
* Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil
* Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah

Pemahaman
ı Aktiviti Pergerakan – Memahami asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang, masa, Imbangan berat badan dan daya atau aliran.
> Aktiviti Bermain –memperkembangkan konsep pembentukan kendiri, seperti meningkatkan kefahaman dari segi emosi. Sosialisasi, kebudayaan, fizikal, rohani dan nilai-nilai murni.
> Lagu – Di dalam lagu kanak-kanak akan dapat menambahkan keyakinan diri .
> Aktiviti Lakunan –dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas lagi -menjadikannya sebagai seorang yang kreatif, inovatif, bertangungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan lebih baik serta dapat mengawal emosi dengan sempurna dan berkeyakinan tinggi.

Konsep kesedaran sendiri
* Memberi dorongan, bantuan, dan sokongan kepada usaha pembelajaran
* Memberi bimbingan yang wajar dengan membentulkan kesilapan pelajar dalam proses pembelajaran
* Mengajar pelajar mengikut cara kebolehan mereka supaya mereka sentiasa menikmati pengalaman berjaya dan seterusnya meningkatkan perasaan penghargaan kendiri dan keyakinan.
*Menerima pelajar-pelajar sebagai sebahagian dirinya
*Menggalkkan interaksi positif dikalangan rakan sebaya.
*Memberi peluang kepadanya memainkan peranan yang penting
*Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... http://aidaliepurnamamerindu-aidalie.blogspot.com/2011/01/lukisan-teknik-titik-pointillism.html