7 -9 November 2008, aku n hubby membawa murid-murid kami (SMK GULAU dan SK SERI AMPANG MUDA) mengikuti ekspidisi ke P.Pangkor. Aktiviti yg dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Sik, Kedah telah disertai oleh sekolah-sekolah menengah dan rendah di Daerah Sik dan juga SMK Gunong, Alor Star.
Ekspidisi yang bermula daripada Sungai Petani dengan menaiki Keretapi sememangnya satu pengalaman yang cukup menarik terutamanya bagi ahli pengakap di daerah ini. Malahan ada dikalangan mereka yang belum pernah menaiki kemudahan keretapi ini. Dari stesyen keretapi Sungai Petani kami tiba di stesyen keretapi Ipoh kira-kira jam 5.00 pagi. Maka, beriringan kami meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki menuju ke Masjid Ipoh bagi menguruskan keperluan diri masing-masing. Sebaik sahaja lepas sarapan, pada jam 8.00 pagi kami secara berkumpulan berjalan menuju ke stesyen bas bagi meneruskan perjalanan ke Lumut. Lebih kurang 4 buah bas kami chatted, orang lain tak dak peluang nak join sekaki dalam bas tu. kalau adapun mesti kena berdiri. Kesian....
Pada pukul 12.00 tengahari kami mula bergerak menuju ke jeti Pulau Pangkor dan seterusnya ke Lumut. Selepas Makan tengahari, sekali lagi kami mengambil bas dan bergerak secara kumpulan menuju ke Ipoh. Perjalanan ekspidisi ini bermula dengan keretapi dan balik pun naik keretapi gak. kami tiba di Sungai Petani tepat pukul 6.00 pagi.Walaupun, perjalanan xpdc ini memenatkan tetapi aku puas pasal anak didikku seronok dengan pengalaman baru yang diterima oleh mereka.






