Tatkala bulan mengambang, hati dirundung kesyahduan dek keindahannya lalu menjelmalah ...... Purnama_Merindu
27 Disember 2008
LAWATAN KE PULAU KARIMUN, RIAU, INDONESIA
2008, thn ni mmg thn yg cukup busy untuk aku dan hubby. xtvt belambak tak habis-habis.
Lawatan ke karimun ni kira di penghujung thn la tapi belum penutup gi. aku ke sana ikut rombongan Majlis Guru Besar daerah Sik, Majlis Belia Daerah dan Persekutuan Pengakap Daerah Sik. Aku n hubby kira wakil pengakap la. (hehehe, tarikh kat gambar tu thn 2009... salah tu hubby aku x set tarikh tu. sebenarnya 2008)
Karimun? sememangnya sebuah pulau yg agak kecil di kepulauan Riau.yg bestnya basnya. tak penah aku jumpa bas drpd kayu. kata ahli rombongan yg ikut sama (guru besar la) "rasa cam dlm citer p. ramlee lak'... kat sini bagi aku memang tempat untuk relaks dari kesibukkan. bg golongan wanita tempat ni syurga shopping la. belambak kain yg cantik terutama batik. tapi aku x minat ngan batik sarung indonesia. bg aku batik terengganu lagi best. namun, aku beli gak kain untuk aku buat baju. banyak gak la aku beli untuk oleh-oleh famili aku kat Malaysia.
Disini sempat gak kami melawat ke sekolah. kami pergi ke sekolah dasar n SMP. masyaallah.... sambutannya punya la dahsyat. rasa cam vvvvip la ngan makanannya, persembahannya. tarian tradisionalnya mmg menghiburkan. paling respek ngan ibu kepala sekolah SMP (pengetua daaa) spoting gilerrrr. kat sini mana nak dapat pengetua nak nyanyi hibur pelawat, perempuan lak tu. Aku pun tumpang sekaki gak menyanyi lagu saloma. kan apa kononnya nak balas persembahan dr malaysia la.
Bagi org yg profesion cam aku ni mmg elok buat lawatan untuk tukar-tukar ilmu dan pengetahuan. cara dan kaedah pengajaran disana leh gak dipraktikkan di tmpt kita.
sapa-sapa nak ke sana sila la..... untuk shopping mmg best. kalau lama-lama kat sana agak boring gak la.
Langgan:
Catatan (Atom)