TITIAN DENAI

12 April 2011

Penekanan Kepada Ton



Lukisan yang dihasilkan oleh kebanyakan pelajar di sekolah bermula dari tingkatan satu hingga tingkatan 5 kebanyakanya nampak kaku dan tidak menampakkan keadaan bentuk sesuatu objek. Ini adalah kurangnya pemahaman dan kemahiran pelajar pada penggunaan ton yang betul untuk menghasilkan bentuk sesuatu objek. Penekanan bayag-bayang dan pencahayaan amat penting untuk menghasilkan ton(gelap ke terang atau terang ke gelap)mana-mana kawasan yang terkena sumber cahaya akan menghasilkan ton yang terang dan semakin jauh daripada cahaya ia akan menjadi gelap.. oleh yang demikian sebelum pelajar memulakan lukisan sesuatu objek contohnya pada gambar diatas P ialah sumber cahaya( arah cahaya)jadi permukaan yang di sinari cahaya ton daripada pensil terang berbanding dengan kawasan bertanda Q yang jauh dan ton yang digunakan gelap. R dan S adalah bayang-bayang.Perbezaan ton pada bayang-bayang juga penting kerana semakin jauh bayang-bayang ton semakin terang seperti konsep penggunaan ton pada bentuk sfera tadi.Bayang-bayang penting kerana untuk menunjukkan objek yang dilukis nampak terletak pada sesuatu permukaan. sekiranya lukisan objek yang tiada bayang-bayang ia kelihatan seolah-olah terapung-apung diawangan.

LOGO

Logo adalah simbol pengenalan pada sesuatu Syarikat, pertubuhan, kelab, persatuan.Logo merupakan rekaan grafik yang mudah dan menarik.Unsur seni dan prinsip rekaan digunakan untuk mendapatkan logo yang menarik dan bermutu. Tujuan Logo adalah digunakan sebagai identiti sesebuah perubuhan,syarikat dan lain-lain untuk memudahkan orang ramai mengenalinya.Logo dibahagikan kepada 3.

1.Logo Huruf..
Direka menggunakan huruf sahaja dengan pelbagai rekabentuk dengan bilangan huruf yang minima.Contoh:



2.Logo Reprensentasi.
Direka berdasarkan objek yang terdapat di alam sekeliling..seperti menggunakan unsur alam seperti fauna dan flora yang diringkaskan seperti logo shell daripada kerang



3. Logo gabungan huruf dan representasi
. Contoh:




Sumber Gambar:

http://www.cgdf.cz/grn/2009/2-09/31_strana/HLS-en.html
http://www.tmukonline.net/news_details.php?s=&id=81
http://syafiqmahadi.blogspot.com/2008_06_01_archive.html

PENGURUSAN PANITIA PSV

1. Pengenalan

Dalam struktur organisasi sebuah sekolah menengah, Guru Penolong Kanan 1 bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal Pengurusan kurikulum.Walau bagaimanapun, Pengetua adalah bertanggungjawab kepada Kementerian Pendidikan tentang pelaksanaan kurikulum di sekolahnya untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, adalah wajar bagi Pengetua menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum di sekolahnya dengan PK 1 sebagai Naib Pengerusi.

2. Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS) adalah badan yang menentukan dasar-dasar sekolah yang berkaitan dengan kurikulum. Fungsi JKS ialah untuk merancang dan menyelaras segala hal berkenaan dengan pelaksanaan kurikulum di sekolah. Ahli-ahli JKS adalah terdiri daripada Ketua Bidang dan Guru-guru Kanan @ Ketua Panitia Mata Pelajaran .


3. Panitia Pendidikan Seni Visual

3.1 Anggota Panitia Pendidikan Seni Visual merupakan semua guru yang mengajar PSV di sekolah. Ketua Panitia ialah seorang guru kanan yang dilantik oleh Pengetua.Manakala AJK dilantik oleh panitia sendiri.

3.2 Pengurusan mata pelajaran PSV yang baik dapat memperlihatkan,
a. Perancangan yang teliti
b. Pengelolaan yang sistematik
c. Ciri-ciri kepimpinan yang dinamik
d. Pengawasan yang berkesan

3.3 Melalui badan ini, guru-guru PSV berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah dalam bidang pengajaran, motivasi dan sikap serta tabiat belajar yang dimiliki oleh pelajar disamping dapat memupuk kerjasama, berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

3.4 Keputusan yang diambil oleh panitia perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Pengetua untuk mendapat penyelesaian atau makluman.

4. Tugas-tugas Panitia PSV

4.1 Sukatan Pelajaran
Menentukan sukatan yang digunakan ialah sukatan semasa, memahami sukatan dan huraian sukatan.
4.2 Rancangan Pelajaran.
Menyediakan dan menyelaraskan rancangan bagi semua kelas mengikut tingkatan .
4.3 Rancangan Harian
Menentukan adanya rancangan berasaskan Sukatan Pelajaran semasa.
4.4 Alat dan Bahan
Merancang pembelian yang perlu untuk P & P disemua tingkatan.
4.5 Buku-buku rujukan
Mencadangkan pembelian buku-buku rujukan untuk PSS dan Bilik PSV.
4.6 Alat Bantu Mengajar
Mengumpul berbagai jenis BBM untuk kegunaan guru PSV dalam P & P.
4.7 Ujian dan Peperiksaan
Menyelaras kertas-kertas soalan untuk semua tingkatan.
4.8 Keputusan Ujian dan Peperiksaan
Menganalisis dan mengkaji keputusan tersebut untuk mengesan kelemahan dan cara mengatasi.
4.9 Kertas Soalan
Mengadakan bank soalan.Mengumpul soalan sekolah lain untuk kajian.
4.10 Sudut PSV
Mengadakan sudut PSV dibilik darjah , perpustakaan dan tempat-tempat tertentu.
4.11 Mesyuarat
Mengadakan mesyuarat formal dan tidak formal.
4.12 Hal-hal lain
Kerjasama dengan panitia lain seperti lawatan dan minggu panitia.

5 . Tugas-tugas Ketua Panitia

5.1 Mesyuarat Panitia
-mempengerusi semua mesyuarat PSV
-mengadakan mesyuarat secara berkala atau perjumpaan tidak formal.
-menyelenggarakan fail-fail,minit mesyuarat, laporan,surat menyurat dan dokumen yang
berkaitan dengan kemaskini.
5.2 Penyeliaan Panitia
5.3 Sukatan Pelajaran
-mendapat dan membekalkan Sukatan PSV untuk panduan semua ahli.
5.4 Buku stok
5.5 Bilik Seni dan peralatan
5.6 Perkembangan staf
-menyediakan dan mengadakan perkembangan staf bagi guru-guru PSV
5.7 Perbelanjaan Tahunan
5.8 Rancangan Pengajaran
-menyelaras dan menyemak rancangan pengajaran semester.
5.9 Analisis Peperiksaan
5.10 Kemajuan Diri
-mempertingkatkan kualiti kerja amali untuk menguasai kemahiran PSV
5.11 Pencerapan
-membantu pihak Pengetua dalam pencerapan guru PSV
5.12 Koleksi BBM
-mengadakan koleksi BBM secara kolektif.
5.13 Pemilihan Guru
-mencadangkan kepada pihak Pengetua pemilihan guru PSV
5.14 Guru Sumber
5.15 Tugas-tugas lain yang berkaitan
-menerima dan menjalankan tugas lain dengan penuh kerelaan.


APAKAH MAKNANYA DBAE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PSV KBSM


MATLAMAT PENDIDIKAN SENI VISUAL

  • Membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.
  • Berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL (DICIPLINE BASED OF ART EDUCATION)

  • Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
  • Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual
  • Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi,disiplin, serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya
  • Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf fan produk seni visual yang berkualiti
  • Membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual
  • Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain.
  • Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa
  • Menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya
  • Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitarannya dan kaitan dengan keselesaan hidup
  • Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... http://aidaliepurnamamerindu-aidalie.blogspot.com/2011/01/lukisan-teknik-titik-pointillism.html