A) PENGERTIAN SENI VISUAL
Menurut kamus dewan seni membawa maksud Halus iaitu kecil, elok, tipis
dan halus, enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan
manakala .
seni,II: membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain
lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada
sesuatu ciptaan. Visual pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu
yang boleh dilihat melalui deria penglihatan. Terdapat juga istilah seni
rupa, seni halus, seni lukis dan seni reka.
Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan
bagi sesuatu yang indah-indah pada pandangan pacaindera manusia samada
melalui penglihatan atau pendengaran.
Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu
imam Al- Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan
kecantikan dan keindahan.
Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada
beberapa aspek pernyataan diri ( self expression), pengalaman dan
sensasi visual dan sentuh samada dalam bentuk 2D dan 3D.
B) PENGKELASAN SENI VISUAL
Seni visual boleh dibahagikan kepada dua jenis penghasilan iaitu pengkaryaan dan perekaan.
I) Pengkaryaan
Ialah penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan 3D. Kebanyakan
bahan-bahan yang terhasil menggunakan media dan teknik konvensional
iaitu alatan dan media asas dan kurang mengunakan bantuan teknologi.
Contoh pengkaryaan ialah Lukisan, catan, seni cetak dan arca.
II) Perekaan
Ialah penghasilan 2D dan 3D yang lebih banyak menggunakan teknik dan
media baru berteraskan teknologi. Contoh perekaan ialah grafik dan
multimedia ( komunikasi visual), reka bentuk teknologi seperti rekaan
industeri ( automobil, logam halus, tekstil dll ) dan reka bentuk
persekitaran seperti seni hiasan dalaman & seni lanskap.
C) PERANAN SENI VISUAL
Peranan yang dimainkan oleh seni visual boleh dilihat dari dua aspek yang utama iaitu psikologi dan sosiologi.
I) Peranan psikologi
Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri
individu berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti,
dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni
visual.
Sensitiviti pula merupakan kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan
dan persepsi dari segi sosial serta estetik. Pembelajaran SV, aktiviti
dan apresiasinya dapat memantapkan kepekaan,sensibility ( kebolehan
untuk merasa dan menghayati)
Emosi ialah keupayaan melahirkan idea, rasa hati,membuat pertimbangan
dan pernyataan diri. . Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat
membangkitkan perasaan dan memantapkan sensibility, mencorak perlakuan
perasaan yang semulajadi seperti rasa cinta atau rasa takut.
kreativiti, boleh dilihat dari diri individu yang mempunyai daya
kreatif. Individu ini berupaya mengubah dan mentafsir semula sesuatu
benda yang ada kepada penghasilan yang lebih menarik.Individu ini
sensitif kepada masalah di sekelilingnya, yang kemudiannya bertindak
mencari jalan keluar dalam bentuk penghasilan. Penghasilannya yang
dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya berdasarkan keupayaan dan
kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya lebih sempurna.
Individu ini juga berupaya bertindak berdasarkan kebolehannya
menyesuaikan sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang lebih baik.
Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan
keupayaanmembuat dan merekacipta, menjadikan individu lebih imaginatif
dalam pengkaryaan dan perekaan.
Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau
komunikasi dengan persekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa dan
benda. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan
pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan, menggambar,
memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan symbol. Selain
itu ia dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea, perasaan dan
emosi.
II) Peranan sosiologi
Peranan SV dalam membentuk dan mengembang budaya setempat dan sejagat ( seni dan masyarakat ). Antara peranan SV :
Nasionalisme - Falsafah,pemikiran, manifestasi, idea, individu atau
kumpulan dalam menyebar dan membangkit nilai, semangat dan perasaan
melalui SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat
membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan Negara.Contoh hasil
karya yang memaparkan unsur nasionalisme ialah Tugu Negara (arca) dan
juga potret-potret pemimpin negara.
Persekitaran- Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan
keharmonian dalam SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apreasiasinya dapat
mengukuhkan kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang
memberi kesan kepada kehidupan. Antara contohnya Rumah rakit – Kuala
Lipis karya Peter Harris dan Waktu Pagi Di Kampung, karya Lai Foog Mooi,
reka bentuk lanskap dan hiasan dalaman.
Rumah rakit- Kuala Lipis
Propaganda- SV sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea,
hasrat atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa. Contohnya Poskad kepada
Dunia, karya Awang Damit Ahmad.
Poskad kepada dunia (1990)
Ritual / upacara- SV dalam melaksanakan ritual/upacara sesuatu budaya dan adat resam
dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah
berbentuk 3D atau arca. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang
menjadi patung penyembahan orang-orang asli di Pahang dan Selangor.
Spiritual – SV untuk ketenangan, kepuasan dan keselesaan. Hasil karya
yang dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan dalaman diri
pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara, karya
Patrick Ng Kah Onn.
Pengeluaran- Hasil seni SV berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya,
fungsi dan kegunaan. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat
menghasilkan mutu pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan nilai
keindahan yang tinggi. Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran
adalah bertujuan dikomersialkan. Contohnya penghasilan batik dan
songket.
Pemujukan- Hasil SV berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contoh-contohnya yang jelas ialah papan billboard dan poster.
Perniagaan dan perdagangan- Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya
dapat menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan
perdagangan. Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan.
D) PENGALAMAN ESTETIK
Dapat membina kepekaan dan pertimbangan dalam diri individu, masyarakat dan persekitaran.Terbahagi kepada
Pengalaman langsung- Melalui proses membuat atau proses penghasilan
produk seni. Melalui penglibatan deria. Antara yang terlibat ialah
pelukis, pengarca, pandai tukang dan sebagainya.
Pengalaman intelektual- Melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan
dapatan dari pelbagai sumber dan maklumat dalam proses penghasilan
produk seni.
Melalui penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber yang mendalami
tentang konsep, falsafah dan nilai. Kebanyakan yang terlibat ialah para
pengkritik, penggiat seni pengkaji dan individu yang sentiasa mengambil
tahu tentang perkembangan bidang yang berkaitan dengan seni.
Tatkala bulan mengambang, hati dirundung kesyahduan dek keindahannya lalu menjelmalah ...... Purnama_Merindu
18 Julai 2010
TENUNAN PUA...(SARAWAK)
Kombinasi warna coklat kemerah-merahan yang terdapat pada tenunan pua cukup harmonis dan menarik. Motif tumbuh-tumbuhan, binatang dan lambang makhluk seperti corak cicak (engkarong), buaya, lembaga manusia (engkaramba) dan sebagainya memaparkan keunikan rekacorak tradisi tenunan pua. Namun demikian, penenun pua kini lebih tertumpu kepada motif moden seperti bentuk tumbuh-tumbuhan dan geometrik.
Selain daripada kegunaan di upacara adat istiadat dan keagamaan, tenunan pua juga boleh dijadikan pelbagai jenis pakaian tradisi. Antaranya ialah bidang (skirt), sirat (cawat), kalambi (jaket) dan dangdong (kain sarung).
Jalinan hasil tenunan dan kegemilangan kombinasi warna dan corak tenunan yang mempersonakan, memaparkan keindahan serta nilai estetika dan mistik tenunan pua yang masih terpelihara hingga ke hari ini.
ALAT DAN BAHAN
1. Jengkuan
2. Kayu tebal
3. Lidi panjang
4. Kayu lambongan
5. Kayu karap
6. Beliak
7. Pelayang
8. Kayu rakup
9. Sengkabit
10. Benang
11. Tali rafia
12. Pewarna
PROSES MENENUN KAIN PUA
Memproses Benang
Benang putih yang telah dipilih direndam semalaman di dalam air bersih. Kemudian dimasukkan ke dalam campuran kanji supaya benang yang akan digunakan dalam tenunan pua ini tidak berbulu dan tidak mudah putus.
Benang mentah yang telah dikanji dan dikeringkan akan dimasukkan ke dalam 'Pelayang Benang' untuk digulung dalam bentuk bebola.
Alat tenunan (tumpoh) akan digunakan dalam proses ini. Proses menggirit dilakukan dengan membawa mangkuk yang berisi benang dari bahagian kiri alat tenunan dan dibawa dari bawah ke atas dan diselitkan anak-anak kayu di antaranya untuk memudahkan kerja-kerja mengarap kelak.
'Kayu Lambongan' digunakan untuk memasukkan benang yang terselit antara kayu-kayu kecil dan dikait menggunakan jari. Benang ini kemudian akan diikat pada kayu kecil yang disusunkan antara 'Kayu Lambongan' dan 'Beliak'.
Menegi
Proses menegi dilakukan supaya memudahkan lagi proses mengikat. Benang yang telah digarap akan ditegi kepada dua bahagian (bahagian atas dan bawah). Setelah siap ditegi dan dijahit pada bahagian atas dan bawah, benang akan ditegangkan dengan diselitkan dua batang kayu di atas 'Tangga Benang'.
Proses menegi dilakukan supaya memudahkan lagi proses mengikat. Benang yang telah digarap akan ditegi kepada dua bahagian (bahagian atas dan bawah). Setelah siap ditegi dan dijahit pada bahagian atas dan bawah, benang akan ditegangkan dengan diselitkan dua batang kayu di atas 'Tangga Benang'.
Mencelup Warna (Pertama)
Benang yang telah diikat dikeluarkan dari tangga benang, direndam dan dibilas dengan air. Kemudian, ia dicelup ke dalam bahan pewarna mengikut warna yang dikehendaki. Selalunya warna merah menjadi pilihan proses mewarna pertama tenunan pua ini.
Benang yang telah dikeringkan, akan menjalani proses mengikat kali kedua tapi ikatan yang pertama tadi dibiarkan (tidak dibuka). Cuma ikatan pada benang ditambah untuk tujuan mencelup warna kedua.
Benang yang telah dibuka ikatan akan dimasukkan pada alat tenunan. Bahagian atas benang dimasukkan pada kayu rakup dan bahagian bawah akan disusupkan pada kayu panjang sebelum diikat pada bahagian bawah alat tenunan dan ditarik sehingga tegang. Bahagian bawah ini disambung dengan 'Sengkabit' (alas belakang semasa menenun). Kemudian, benang yang dilancarkan dengan 'Jengkuan' akan dipangkah oleh benang kapas untuk dijadikan kain pua pula.
Langgan:
Catatan (Atom)