Keistimewaan
mempelajari warna diri ini ialah secara tidak langsung kita akan
memahami cara pemikiran. Terdapat dua bahagian atau hemisfera otak iaitu
otak kanan dan otak kiri. Kedua-dua hemisfera otak kanan dan kiri ini
amat berpengaruh terhadap gaya pemikiran setiap manusia. Terdapat
individu-individu yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kanan
dan terdapat juga individu-individu yang pemikirannya lebih dipengaruhi
oleh otak kiri.
Cara Pemikiran Otak Kanan (EQ)
EQ menjana pemikiran otak kanan yang menghasilkan pertimbangan yang wajar, secara mudah, bebas dan bersahaja ke arah penyelesaian masalah. Ia juga membantu meningkatkan tahap penyesuaian secara holistik, sintesis, konseptual dan proaktif. EQ meningkatkan daya fokus pembelajaran yang lebih lama selain gaya penulisan yang lebih kemas serta membina akhlak dan tingkah laku yang mulia.
EQ menjana pemikiran otak kanan yang menghasilkan pertimbangan yang wajar, secara mudah, bebas dan bersahaja ke arah penyelesaian masalah. Ia juga membantu meningkatkan tahap penyesuaian secara holistik, sintesis, konseptual dan proaktif. EQ meningkatkan daya fokus pembelajaran yang lebih lama selain gaya penulisan yang lebih kemas serta membina akhlak dan tingkah laku yang mulia.
Dengan
EQ akan berupaya memperbaiki kelemahan spiritual, emosional, mental dan
fizikal seperti hiperaktif, kemurungan, sifat pemarah, kedengkian, lupa
keterlaluan, terlalu serius, lemah semangat, gangguan halusinasi,
kegugupan, kecemburuan melampau, tidak bermaya, kelesuan, malas
berfikir, kebimbangan dan sebagainya.
Cara Pemikiran Otak Kiri (IQ)
Pemikiran IQ yang menggunakan otak kiri sebenarnya lebih terhad kepada analisa logikal yang memerlukan langkah demi langkah dan berturutan. Penyelesaian masalah lebih tertutup dan berulang-ulang yang banyak mencetuskan kekeliruan. Kesannya banyak aktiviti menjadi perlahan selain sangat bergantung kepada analisa satu persatu. IQ tidak berupaya membentuk akhlak, moral, rohani dan jasmani yang sebenar. Kecerdikan sememangnya wujud namun lebih banyak kesan-kesan seperti berdusta dan mencari helah.
Cara Pemikiran Otak Kiri (IQ)
Pemikiran IQ yang menggunakan otak kiri sebenarnya lebih terhad kepada analisa logikal yang memerlukan langkah demi langkah dan berturutan. Penyelesaian masalah lebih tertutup dan berulang-ulang yang banyak mencetuskan kekeliruan. Kesannya banyak aktiviti menjadi perlahan selain sangat bergantung kepada analisa satu persatu. IQ tidak berupaya membentuk akhlak, moral, rohani dan jasmani yang sebenar. Kecerdikan sememangnya wujud namun lebih banyak kesan-kesan seperti berdusta dan mencari helah.
Jika
dilihat daripada sudut pendidikan, kebanyakan sistem pendidikan yang
terdapat di dunia lebih menjurus kepada aliran pemikiran otak kiri. Para
pelajar di seluruh dunia dilatih untuk membuat keputusan dan melakukan
satu-satu tindakan berdasarkan logik, rasional dan yang mendapat
pulangan material semata-mata. Ciri-ciri pemikiran otak kiri lebih
ketara apabila pelajar memasuki gerbang universiti. Jika dikategorikan
dalam ilmu teknik berfikir, gaya berfikir menggunakan otak kiri ini
bolehlah dikelaskan sebagai gaya pemikiran vertikal. Gaya berfikir
seperti ini sangat-sangat memerlukan sebab-sebab rasional dan logik;
segala keputusan mesti berdasarkan sebab dan akibat,
pengalaman-pengalaman yang lalu dan mesti mempunyai rujukan; setiap idea
mesti berasaskan logik dahulu kemudian baru boleh dilaksanakan.
Jadi,
bagaimana untuk menjadikan anak atau pelajar berfikir cara otak kanan?
Pertama sekali perlulah diketahui anak berada di dalam level warna diri
yang mana, iaitu sama ada Putih (Spiritual) dan Merah Jambu (Emosional)
bagi cara pemikiran otak kanan, dan Hijau (Mental) dan Biru (Fizikal)
bagi cara pemikiran otak kiri.
Apabila mengetahui warna diri, lebih lagi apabila mengetahui anak lebih cenderung kepada cara pemikiran otak kiri, maka anak dapat dilatih untuk berfikir cara otak kanan. Selain daripada itu, cara pembelajaran juga akan lebih mudah apabila merujuk kepada kekuatan cara pembelajaran bagi setiap warna level diri.
Apabila mengetahui warna diri, lebih lagi apabila mengetahui anak lebih cenderung kepada cara pemikiran otak kiri, maka anak dapat dilatih untuk berfikir cara otak kanan. Selain daripada itu, cara pembelajaran juga akan lebih mudah apabila merujuk kepada kekuatan cara pembelajaran bagi setiap warna level diri.
Gaya Berfikir/ Pembelajaran Mengikut Level Diri
1. Spiritual – Intuisi
Gaya
berfikir intuisi adalah gaya berfikir yang berhubung dengan
perkara-perkara peningkatan yang abstrak. Ia adalah proses pemindahan
satu-satu sifat potensi daripada jiwa atau minda ke alam kenyataan dalam
bentuk lompatan intelektual yang cepat tanpa memerlukan usaha yang
keras, susah payah, dan pengajaran, sebaliknya ia menerusi deria batin
atau boleh juga disebut sebagai keserasian hati, kehadiran rohaniah atau
rasa hati secara langsung. Gaya berfikir intuisi tidak perlu kepada
sebarang perantaraan/ medium atau sebab musabab. Intuisi wujud sebagai
hasil pemikiran dalam jiwa sekaligus tanpa sengaja dan kemahuan sendiri.
Pada
umumnya, kemampuan intuisi ini adalah adalah berbeza daripada seseorang
ke seseorang. Intuisi ini boleh bertambah sehingga seseorang itu mampu
bertindak secepat atau sependek waktu yang mungkin dan juga boleh
berkurang malah boleh jadi sehingga tiada langsung. Perlu diketahui
bahawa intuisi hanya akan timbul pada orang mempunyai fokus dalam
pemikirannya. Salah satu cara untuk mendapatkan fokus ialah seseorang
itu perlu menaruh minat yang amat mendalam terhadap apa yang
difikirkannya atau dalam keriernya. Oleh kerana intuisi ini adalah
pengetahuan yang langsung maka ianya adalah lebih meyakinkan bagi orang
yang memiliki intuisi tersebut; malah ianya lebih meyakinkan daripada
segala maklumat/ pengetahuan yang telah dimiliki oleh tuan tubuh tadi
berkenaan dengan apa yang difikirkan.
2. Emosi – Ilham
Ilham
adalah gaya berfikir yang berhubung dengan perkara-perkara aqliah yang
mujarad, realiti dan ideal. Pada umumnya, ilham sangat berkait rapat
dengan intuisi. Ilham adalah satu bentuk ‘tanggapan emosi’ secara
langsung yang dapat diserupakan dengan tanggapan deria secara langsung
terhadap benda-benda luar yang dapat dicerap oleh pancaindera. Ilham
juga dapat diserupakan dengan tanggapan akal menerusi pemikiran dan
pengambilan kesimpulan. Sebagaimana dengan intuisi, ilham juga dapat
berpindah dengan cepat daripada tidak tahu menjadi tahu. Ilham juga
boleh juga diertikan dengan ‘kasyaf’; iaitu satu bentuk tanggapan emosi
secara langsung yang terbit di dalam hati manusia tanpa diketahuinya.
Jika jiwa seseorang itu bersih dan nafsu dan perasaannya terkawal,
kasyaf boleh berlaku pada diriya. Untuk seseorang itu mendapatkan ilham
(kasyaf), pemikirannya hendaklah bebas daripada segala ikatan fakta yang
diketahuinya; jika diulas daripada sudut ilmu tasawuf, deria batin
hendaklah bebas daripada ikatan (tidak terpengaruh) deria zahir
hinggalah sampai ke satu peringkat di mana deria zahir sudah menjadi
tidak penting lagi.
3. Mental – Akal
Telah
sedia maklum oleh semua orang bahawa akal adalah sejenis ‘alat’ yang
miliki oleh manusia dalam membuat taakulan dan pertimbangan; natijah
daripada itu, manusia akan membuat keputusan hasil daripada taakulan
tadi. Walaupun tidak dinafikan lagi bahawa akal mempunyai fungsi yang
sangat luas bagi manusia dalam membuat pertimbangan dalam hidup, namun
ia terbatas terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan akhlak,
agama, dan perkara-perkara ghaib seperti ketuhanan, kenabian dan roh.
Penggunaan akal mampu menyedarkan manusia daripada kesalahan-kesalahan
yang telah dilakukan pada masa lampau. Akal juga mengajar manusia
membuat kesimpulan yang tepat berdasarkan pengalaman lalu, yang
memungkinkan manusia menilai pemikiran sendiri dan yang membezakan
antara ilmu yang betul dengan khayalan kosong.
Oleh
kerana inilah golongan yang mempunyai level mental sangat banyak
melakukan proses pemikiran dan taakulan terutamanya dalam mencari
kebenaran teradap sesuatu perkara. Tidak seperti golongan spiritual,
mereka agak lambat membuat keputusan kerana terlalu banyak pertimbangan
dan penelitian terhadap sesuatu perkara.
4. Fizikal – Deria
Mereka
yang daripada golongan level fizikal lebih cenderung mempelajari
daripada perkara-perkara yang dapat dicerap oleh deria mereka seperti
deria mendengar, melihat, merasa, menghidu dan sebagainya. Oleh yang
demikian, mempelajari daripada deria adalah sangat-sangat terhad kepada
perkara-perkara yang telah sedia ada wujud, rasional dan praktikal.
Tidak dinafikan lagi bahawa perkara-perkara yang melibatkan praktikal
dan rasional sangat penting dipertimbangkan dalam melaksanakan satu-satu
perkara. Mempelajari melalui deria tidak membawa kepada kreativiti
tetapi lebih kepada melaksanakan perkara-perkara yang telah sedia wujud.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan