1.1 KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta
berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil
kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan
merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.
1.2 KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK
(a) Aspek Kognitif
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat
melahirkan kanak-kanak yang empunyai keupayaan menyelesaikan masalah
serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.
(b) Aspek Fizikal
Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada
otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.
(c) Aspek Kreativiti
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk
mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam
pendidikansenivisual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan
akhir.
(d) Aspek Persepsi
murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan
deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang
terdapat di sekeliling mereka.
(e) Aspek Sosial dan Emosi
Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain
meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga
menganjurkansemangat ekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang
dibentuk.
1.3 KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS
(a) Melukis sebagai Medium Komunikasi
Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka
berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan
untuk berinteraksi.
(b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri
Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada
kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan
emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat
membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.
(c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem)
Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam
meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa
imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti
melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.
1.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK
1.4.1 Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day
(a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun) kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan.
Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak
terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan
pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan
lain.
-tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej.
-terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu
contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan
rupa terkawal dan contengan rupa.
(b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun)
kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Pada
peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan
sekelilingnya.
(c) Pra-Remaja (10-13 Tahun)
Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul.
Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek.
1.4.2 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain
(a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan
tidak terkawal. mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada
lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.
(b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun)
Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk
melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan.
(c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun)
Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu.
Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain
daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya. lukisan
yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar.
(d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun)
kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu.
imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula
mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal
dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya
rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit
individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.
(e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistic di
dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan
saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep
peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan
menerusi imaginasi.
(f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun)
Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan
karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan
di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk
menghasilkan karya seni.
1.4.3 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Georges-Henri Luquet
(a) Peringkat Fortuitous Realism
Peringkat ini ialah peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imejan
yang cuba dihasilkan pada peringkat contengan telah membentuk imej dan
objek yang hampir sama dengan objek sebenar.
(b) Peringkat Failed Realism
Imej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi
bagi mendapatkan imej sebenar. Lukisan yang hampir sama dihasilkan
berulang kali.
(c) Peringkat Intelectual Realism
Pada peringkat ini kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang mereka
tahu dan apa yang mereka lihat. Bentuk lukisan yang lebih ringkas namun
dilukis dengan agak baik.
(d) Peringkat Visual Realism
Melukis imej yang mempunyai perspektif dan kadar banding.
Percubaan untuk melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan dapat
dilihat pada peringkat ini dan percubaan melukis imej secara 3 dimensi
dianggap satu kejayaan dan pencapaian baik.
1.5 KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK
(a) Untuk Bergerak, Berjaya dan Diiktiraf, Diterima dan Disanjung (hasil karya diuji,dipamerkan)
(b) Untuk Bersaing, Ketangkasan Fizikal dan Memahami (pertandingan)
(c) Untuk Meneroka, Pencapaian Kreatif dan Meluahkan Perasaan (beri peluang meneroka dan bereksperimentasi.