TITIAN DENAI

26 Jun 2010

ESTETIKA DAN KANAK-KANAK

DEFINISI ESTETIKA
- perkataan Greek iaitu aisthetikos –merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan persepsi deria.

- Bagi Bates (2000), - satu kajian falsafah yang berkaitan dengan kecantikan.

- Gazalba (1978) - satu cabang ilmu normatif yang membawa nilainilai kecantikan dan kebaikan.

- Lankford (1992) – satu konsep dan kaedah di dalam falsafah seni termasuk persoalan yang bermatlamat untuk menerangkan dan memahami pengalaman estetik yang berkaitan dengan perkembangan artistik dan penghasilan produk.

- Ragans (2000) - menilai hasil karya bukan sahaja dilihat pada kecantikan karya tersebut malahan ia juga perlu dilihat dari sudut kejayaan sesuatu karya, Di dalam pengajaran pendidikan seni visual, istilah pendidikan estetik digunakan merangkumi pelbagai bidang penghasilan hasil karya seni seperti arca, lukisan, catan dan sebagainya. Pendidikan estetik juga menjelaskan persoalan estetik yang merujuk kepada perbincangan berkaitan dengan penghuraian makna dan simbolik enghasilan karya seni.

- Abdul Shukor Hashim (1991) yang melihat setiap pengalaman pembelajaran sebagai pengalaman estetik.

- Guru pendidikan seni visual boleh menggunakan kemahiran ini untuk membantu pelajar memahami hasil karya yang dihasilkan selain menghurai persoalan mengapa karya seni dihasilkan dan kepentingan menghargainya.

PERKEMBANGAN ESTETIK DAN TEORI KECANTIKAN

Konsep Relativist- Faktor utama adalah persekitaran individu, nilai, budaya serta cara hidup seseorang individu pada satu-satu masa.Pandangan golongan relativist atau individu terhadap kecantikan adalah subjektif dan abstrak. Penghuraian dan makna kecantikan tidak terletak pada objek tetapi pada persepsi seseorang.

Konsep Objektivist- sangat bertentangan dengan konsep relativist. Konsep objektivist percaya bahawa kecantikan sememangnya telah sedia ada bersama karya seni dan bukan terletak pada persepsi seseorang. Kecantikan dapat dibahagikan kepada kriteria tertentu seperti yang terdapat di dalam elemen dan prinsip-prinsip dalam seni seperti harmoni, rentak, warna, keseimbangan dan sebagainya.

ESTETIK DAN KANAK-KANAK
- perasaan kanak-kanak mudah tertarik dengan perkara baru menjadikan mereka sebagai golongan yang unik dan luar biasa

- Lowenfeld (1975) – perkembangan estetik kanak-kanak bersesuaian denagn kretaiviti dipengaruhi oleh faktor tumbesaran dan persekitaran yang membentuk ciri-ciri dan corak pemikiran.
Tindak balas estetik bagi kanak-kanak dipengaruhi oleh factor umur, pengalaman serta latar belakang dan budaya.

TINDAKBALAS ESTETIK- tindak balas spontan terhadap karya. Ianya berlaku melalui hasil karya dan juga melalui pengamatan terhadap alam.

(a) Kualiti Literal atau Imitanionalism
- keupayaan pengkarya untuk menghasilkan karya secara realistik melalui peniruan alam sekeliling
Sebagai contoh, pengkarya yang melukis imej realistic penunggang kuda, kualiti literal pada lukisan ini adalah imej lelaki yang menunggang kuda tersebut yang ditonjolkan secara realistik.

(b) Kualiti Rekaan atau Formalism
-kaedah menyusun elemen dan prinsip seni di dalam sesuatu karya. Sebagai contoh, bagaimanakah artis
atau pengkarya mengutamakan elemen imbangan, garisan, ritma dan sebagainya.

(c) Kualiti Ekspresif atau Kualiti Emosi
-menghuraikan makna karya dari aspek meningkatkan dan melihat tindak balas emosi, mood dan idea
penonton yang mengamati karya.

MERANSANG PERKEMBANGAN DAN TINDAKBALAS ESTETIK KANAK-KANAK

- Koster (2001) - kanak-kanak perlu dirangsang dengan aktiviti yang dirancang rapi dan tersusun supaya tindak balas semula jadi estetik yang dimiliki oleh kanak-kanak selari dengan peningkatan umur mereka.

- Peranan guru
(a) Memilih Karya Berkualiti
-mempunyai standard dan kualiti yang tertentu dalam jenisnya.

(b) Mempunyai Kepelbagaian Media dan Teknik
- mempunyai kepelbagai teknik dan media penghasilannya seperti memilih karya arca, kolaj, lukisan dan tidak tertumpu hanya kepada catan sahaja.

(c) Kepelbagaian Gaya, Budaya dan Artis
-memilih karya kontemporari dan moden yang dihasilkan oleh artis daripada pelbagai etnik dan latar belakang termasuk pengkarya muda dan artis wanita.

(d) Mempamerkan Budaya
-mencerminkan warisan dan kesenian supaya murid mempunyai perspektif yang luas mengenai budaya dan kepelbagaiannya.

KEPENTINGAN MEMPELAJARI ESTETIK
a) Menghidupkan Suasana Aktif Pembelajaran
-menggalakkan interaksi di antara murid dan guru, menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan.

(b) Meningkatkan Kefahaman terhadap Imej dan Bahasa Visual
- membantu murid mempelajari gaya bahasa tampak dan memperkayakan mereka dengan istilah-istilah baru.

(c) Menyemai Kefahaman terhadap di antara Satu Sama Lain
- murid memahami bahawa karya yang dihasilkan mempunyai makna berbeza.

(d) Meningkatkan Keupayaan Pemikiran
- pelajar perlu membuat perbandingan, perbezaan menganalisa dan menilai karya. Kesemua ini membantu murid mengerakkan daya pemikiran mereka.

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

KREATIVITI
Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanakkanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

PENGERTIAN KREATIVITI
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.
Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.

PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI

Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.

June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea.

Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya. Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni ataupun sains,

Victor Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat omponen utama iaitu kelancaran,( secara spontan serta pantas )
fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian (mencari idea baru dan asli kepekaan. (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa,
mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses engamatan dan merekod.)

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI

Perkembangan Kreativiti Fisher

(a) Peringkat Rangsangan
Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.

(b) Peringkat Penerokaan
Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.

(c) Peringkat Perancangan
Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.
Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:
• Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan,
pemerhatian, interaksi dan sebagainya.
• Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.

(d) Peringkat Aktiviti
Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti.
Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan seperti ‘’Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?’’

(e) Kajian Semula
Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja.
Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

Laura H. Chapman – 3 kaedah diperkenalkan :

(a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)
Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea.

(b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)
Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun.
Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.

(c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)
guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan
melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

Calvin W. Taylor

(a) Kreativiti Bersifat Ekspresif
Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas.
Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara spontandan bebas mengikut kemampuan yang sesuai dengan perkembangan fizikal mereka yang belum stabil.
Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dan contengan mudah.

(b) Kreativiti Melalui Penghasilan
guru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada
kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun.

(c) Kreativiti Bersifat Inventif
Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek melalui proses eksprimentasi. Peranan guru pada peringkat ini adalah memberikan motivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putus asa.

(d) Kreativiti Bersifat Inovatif
Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna. pelajar mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan alternative bagi setiap perancangan.

(e) Kreativiti Bersifat Emergen
Ini merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip
formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagi contoh, figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnya oleh kanakkanak apabila melukis.

CIRI-CIRI KREATIVITI

(a) Bersifat Fleksibel
Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis.

(b) Sensitif dan Peka
Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.

(c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen
Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.

(d) Bersifat Terbuka
Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik.

(e) Logik
Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional.
Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa.

(f) Berfikiran Bebas
Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.

STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI

Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)

(a) Kaedah Pertama
Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu dilaksanakan.

(b) Kedah Kedua
Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut.

(c) Kaedah Ketiga
Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya.

(d) Kaedah Keempat
Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja.

Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance
proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar.

(a) Penyoalan
Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.

(b) Penemuan
Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan dan kajian.

(c) Pemerhatian
proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-mata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya.

(d) Percubaan
Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki.

(e) Penerokaan
Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling.

(f) Memanipulasi
murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran.

(g) Aktiviti/Bermain
Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak, masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah.

MENINGKATKAN MOTIVASI

Strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proses kreativiti.

(a) Memilih Bahan dan Alat
Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.

(b) Masa
Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka.

(c) Rangsangan
Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual.

(d) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel
Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid.
(e) Hormat-menghormati
Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan

(f) Memberikan Galakan dan Motivasi
Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya.

(g) Penghargaan
Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas.

MENINGKATKAN DAYA IMAGINATIF KANAK-KANAK

kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam.

Pelbagai Jenis Alat dan Media

(a) Alatan Asas
Alatan-alatan asas seperti kertas lukisan, berus, warna dan krayon.

(b) Gambar
Gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan daripada imej yang pelbagai, contohnya gambar keluarga, haiwan, bangunan, pemandangan dan pelbagai lagi objek alam yang lain. Pelajar meniru imej di dalam foto untuk dimanifestasikan di dalam karya lukisan mereka.

(c) Rakaman Video dan Penggunaan ICT
guru boleh menggunakan rakaman video dan menayangkan kepada para pelajar di bilik media atau bilik pandang dengar yang terdapat di sekolah-sekolah.
Penggunaan ICT merujuk kepada penggunaan alatan digital dan elektronik dengan memanipulasikan perisian-perisian yang ada. penggunaan komputer, pengimbas, kamera digital, pencetak dan Internet pembelajaran yang lebih kreatif dan menyeronokkan.

PENGALAMAN DERIA
Setiap insan normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat dan deria sentuh.
Penggunaan deria yang baik akan dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu membuat pemerhatian secara aktif, dan ianya menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam, alat dan bahan.

Cara Belajar

Belajar Secara Visual
Pelajar visual, secara amnya, dapatlah diklasifikasikan sebagai pelajar yang gemar menggunakan deria penglihatan lebih daripada deria yang lain untuk mendapatkan maklumat semasa proses pembelajaran berlaku. Pelajar di dalam golongan ini lebih cenderung menggunakan maklumat bertulis, nota, diagram dan gambar.

Belajar Secara Auditori
Pelajar auditori mendengar dengan tekun untuk memahami, dan proses menulis nota dilakukan kemudian. Adakalanya pelajar auditori tidak memahami maklumat bertulis dan perlu mendengar dengan sendiri penjelasan guru.

Belajar Secara Kinestetik
Pelajar golongan ini dapat belajar dengan lebih efektif melalui sentuhan dan pergerakan. golongan ini memerlukan aktiviti yang lebih berbentuk hands-on.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... http://aidaliepurnamamerindu-aidalie.blogspot.com/2011/01/lukisan-teknik-titik-pointillism.html