TITIAN DENAI

29 Disember 2008

JOHOR INTERNATIONAL JAMBOREE





Balik dari Karimun, aku n hubby terus ke Batu Pahat coz terlibat ngan Jambori Antarabangsa Johor. Walaupun letih, demi tugas n kerana anak muridku yg ikut gak ke jambori ni, aku kena gak pergi. Tapi, jambori kali ni aku n hubby mmg x leh bertugas dgn jayanya. apatak nya disebabkan makan nasi padang yg rasanya kurang serasi ngan perut kami, aku n hubby kena cirit-birit. sampai 2 harinak habis jambori barulah rasa kurang skit. sempat gak la kami ikut beberapa xtvt masa di jambori ni.

27 Disember 2008

LAWATAN KE PULAU KARIMUN, RIAU, INDONESIA





2008, thn ni mmg thn yg cukup busy untuk aku dan hubby. xtvt belambak tak habis-habis.
Lawatan ke karimun ni kira di penghujung thn la tapi belum penutup gi. aku ke sana ikut rombongan Majlis Guru Besar daerah Sik, Majlis Belia Daerah dan Persekutuan Pengakap Daerah Sik. Aku n hubby kira wakil pengakap la. (hehehe, tarikh kat gambar tu thn 2009... salah tu hubby aku x set tarikh tu. sebenarnya 2008)

Karimun? sememangnya sebuah pulau yg agak kecil di kepulauan Riau.yg bestnya basnya. tak penah aku jumpa bas drpd kayu. kata ahli rombongan yg ikut sama (guru besar la) "rasa cam dlm citer p. ramlee lak'... kat sini bagi aku memang tempat untuk relaks dari kesibukkan. bg golongan wanita tempat ni syurga shopping la. belambak kain yg cantik terutama batik. tapi aku x minat ngan batik sarung indonesia. bg aku batik terengganu lagi best. namun, aku beli gak kain untuk aku buat baju. banyak gak la aku beli untuk oleh-oleh famili aku kat Malaysia.

Disini sempat gak kami melawat ke sekolah. kami pergi ke sekolah dasar n SMP. masyaallah.... sambutannya punya la dahsyat. rasa cam vvvvip la ngan makanannya, persembahannya. tarian tradisionalnya mmg menghiburkan. paling respek ngan ibu kepala sekolah SMP (pengetua daaa) spoting gilerrrr. kat sini mana nak dapat pengetua nak nyanyi hibur pelawat, perempuan lak tu. Aku pun tumpang sekaki gak menyanyi lagu saloma. kan apa kononnya nak balas persembahan dr malaysia la.

Bagi org yg profesion cam aku ni mmg elok buat lawatan untuk tukar-tukar ilmu dan pengetahuan. cara dan kaedah pengajaran disana leh gak dipraktikkan di tmpt kita.

sapa-sapa nak ke sana sila la..... untuk shopping mmg best. kalau lama-lama kat sana agak boring gak la.

14 Disember 2008

XPDC PULAU PANGKOR


7 -9 November 2008, aku n hubby membawa murid-murid kami (SMK GULAU dan SK SERI AMPANG MUDA) mengikuti ekspidisi ke P.Pangkor. Aktiviti yg dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Sik, Kedah telah disertai oleh sekolah-sekolah menengah dan renda
h di Daerah Sik dan juga SMK Gunong, Alor Star.


Ekspidisi yang bermula daripada Sungai Petani dengan menaiki Keretapi sememangnya satu pengalaman yang cukup menarik terutamanya bagi ahli pengakap di daerah ini. Malahan ada dikalangan mereka yang belum pernah menaiki kemudahan keretapi ini. Dari stesyen keretapi Sungai Petani kami tiba di stesyen keretapi Ipoh kira-kira jam 5.00 pagi. Maka, beriringan kami meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki menuju ke Masjid Ipoh bagi menguruskan keperluan diri masing-masing. Sebaik sahaja lepas sarapan, pada jam 8.00 pagi kami secara berkumpulan berjalan menuju ke stesyen bas bagi meneruskan perjalanan ke Lumut. Lebih kurang 4 buah bas kami chatted, orang lain tak dak peluang nak join sekaki dalam bas tu. kalau adapun mesti kena berdiri. Kesian....

Sampai di Lumut, feri untuk ke Pulau Pangkor sememangnya sudah menanti (pasal dah booking awal-awal) So, bila dah semua ahli ekspidisi tiba, kami pun mula la menaiki feri menuju ke Pulau Pangkor. Sampai di sana, kami sekali lagi mengambil bas menuju ke tempat penginapan.

Aktiviti di Pulau Pangkor bermula keesokkan harinya, bab mandi laut sememangnya acara wajib. Tapi kena la selalu awasi dan pantau pergerakkan bebudak tu. kan apa anak orang tu, jadi apa-apa mampussss nak kena jawab. Nama pun Tanggung dan Jawab kan... Di sini kami di bawa oleh pemilik chalet melawat tempat-tempat yang menarik di Pulau Pangkor.

Pada pukul 12.00 tengahari kami mula bergerak menuju ke jeti Pulau Pangkor dan seterusnya ke Lumut. Selepas Makan tengahari, sekali lagi kami mengambil bas dan bergerak secara kumpulan menuju ke Ipoh. Perjalanan ekspidisi ini bermula dengan keretapi dan balik pun naik keretapi gak. kami tiba di Sungai Petani tepat pukul 6.00 pagi.

Walaupun, perjalanan xpdc ini memenatkan tetapi aku puas pasal anak didikku seronok dengan pengalaman baru yang diterima oleh mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... http://aidaliepurnamamerindu-aidalie.blogspot.com/2011/01/lukisan-teknik-titik-pointillism.html