TITIAN DENAI

21 Mei 2011

HIASAN DALAMAN


Hiasan Dalaman..topik yang kurang diperbincangkan. mungkin juga kurang diberi penumpuan di sekolah. Kalau ada pun tak semua guru yang memberi penumpuan tentang tajuk ini. Malah mungkin ada yang mengajarnya sepintas lalu sahaja. Sememangnya tidak dinafikan agak sukar untuk memperolehi bahan dan peralatan untuk menghasilkan sebuah model yang berkualiti apatah lagi bila mengajar di kawasan pedalaman atau di kampung yang kurang mendedahkan tentang SENI. apa yang mereka tahu bila sebut tentang seni semestinya akan menyebut lukisan. walaupun pada hakikatnya seni itu mempunyai banyak cabang dan bermacam-macam perkara atau tajuk/subjek (apa ya yang sesuai aku cuba gambarkan di sini...emmm).

Selama dua tahun aku mula mengajar PSV di peringkat menengah atas, aku mendapati bila masuk sahaja topik hiasan dalaman murid kelihatan terpinga-pinga atau dalam erti kata lain 'blur'..apatah lagi bila aku meminta mereka untuk membuat lakaran untuk menghasilkan modelnya. Malah bahan-bahan yang digunakan juga kurang menarik. Namun, aku tetap berbangga dengan mereka walaupun tidak menguasai sepenuhnya tentang hiasan dalaman, mereka masih mempunyai keinginan dan kehendak untuk mengetahui dan mempelajari topik tersebut. Tahun ini merupakan tahun ketiga aku mengajar tingkatan 4 dan tingkatan 5, aku harap pelajarku kini telah terbuka minda mereka dalam menghasilkan design hiasan dalaman berdasarkan contoh-contoh model yang dihasilkan oleh pelajar terdahulu. sedikit sebanyak ia dapat memberi idea dan gambaran awal tentang hiasan dalaman tersebut. 

Apa-apapun di bawah ini terdapat beberapa contoh model hiasan dalaman yang kuambil dari intenet untuk tatapan dan menjana idea ketika anak didikku nanti hendak menghasilkan model hiasan dalaman.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... http://aidaliepurnamamerindu-aidalie.blogspot.com/2011/01/lukisan-teknik-titik-pointillism.html