TITIAN DENAI

1 November 2009

BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Marilah bersama-sama menjayakan Bulan Bahasa Kebangsaan. Cintailah bahasa kita.

25 Oktober 2009

PENDIDIKAN SENI VISUAL


AKU NGAN STUDENT AKU


apa ada dgn seni......arts..........


"alah! subjek sampingan ja, x masuk exam pun subjek tu, x penting..... buang masa ja ambik subjek tu, alah! subjek senang ja tu, lukis ja kan."

itu lah antara bicara-bicara sumbang yg sering kedengaran di cuping telingaku ini. hangin gak aku bila ada dikalangan rakan guru kata cam tu. tapi yg aku peliknya dan hampehhhh tu ngan org cam tu bila bagi ja subjek tu suruh ngajar x nak lak. pelik gak aku. kata subjek paling senang diajar dan byk relaks, tapi bila suruh ngajar mati2 x nak. bagi aku la, kalau dah senang buat apa nak tolak. kaut jer la bila dah pentadbir bagi suruh ngajar.....

Hehehe tu la, jangan ingat benda yg senang tu mmg senang n benda yg susah tu teramatla susahnya.

aku ingat lagi pensyarah maktab aku dulu ada bagi tau kat aku satu kelas. subjek seni ni x kira la seni muzik ka seni lukis ka, nampak jer senang. walhal subjek yg termasuk dlm kategori yg susah gilerrr. dia kata masa ngajar mmg la nampak senang n relaks tapi masa kita blajar. nak ambik ilmu ttg seni ni. mak aiii, nak mampuih gak la kepala otak.

penah gak la masa aku blm sambung blajar ambik ijazah dulu, ada la seorg cikgu ni nak sambung gak la ambik ijazah. aku tanya dia nak ambik apa nnt. dengan selamba badak nya dia kata nak ambik seni coz subjek paling senang nak lulus.... tergelak besaq aku bila dengar dia cakap cam tu.
aku tanya lagi, ada basic ke ttg arts or minat ke, mmg ada bakat ke... dia kata x dak. mmg nak ambik pasal senang lulus.

pastu dek kerana kesian n x mau bg kawan kantoi first semester. aku pun bg tau la kat dia kalau dah nekad nak ambik gak kena tawakal la coz semua bahan rujukan byk dlm bahasa inggeris x pun france dan satu lagi kalau ambik subjek paling senang di dunia ni (kononnya la) kena tahan mata x leh tidoq lelama. pasal apa???? art works punya la belambak2 nak kena buat. nak cari idea satu2 tajuk pun masyallah berpinau gak la kepala otak. bukan aku nak bagi dia takut, tapi itu lah kenyataannya.

ni ada satu lagi kes kawan aku masa kat Uitm, dia ambik couse sama ngan aku tapi dia tak dakbakat utk melukis minat pun just gitu-gitu ja. mula2 dia melukis kengkawan gelak kat dia. start from on that day dia x penah lagi tunjuk art works dia. member2 pompuan mula la kata dia kedekut ilmu coz buat keje x nak tunjuk. simpan buat pekasam kat bilik. padahal dia malu. (tu pun aku tahu masa dah sem 4) aku? aku nak kata x berdunia ngan org x gak cuma aku malas ambik tahu ja. yg aku tahu hujung minggu ja pasti aku hilang balik rumah aku kat sik. jauh pun x per janji ati senang. Balik pada kawan aku tadi tu..... aku tanya dia apsal ambik arts kalau dah x der basic n x minat. dah tu bakat x der gak(kata dia la). dia kata saja ja nak ambik ijazah n nak upgred gaji. ingat seni senang. rupanya??????. apa2 pun sekarang dia dah buat master pun. tapi bukan arts la. dia buat bahasa. dah mmg org bahasa nak ke mana nya.


MEMBIMBING STUDENT BUAT KELARAI TRADISIONAL
MASA BENGKEL ARTS CLINIC DI GALERI SHAH ALAM
(MASA DI UiTM)


so, bagi manusia2 yg suka pk seni tu senang, jangan la. buat dulu baru tahu. bagi aku walaupun dah pegang ijazah arts, seni masih susah. ngajar pun susah gak. pasal apa?... sepanjang aku ngajar kat sekolah menengah ni, x der satu hari pun yg buat ati aku senang. pasalnya, student aku x penah nak bawa alatan dan bahan seni kecuali bila dipesan. asal tanya ja kenapa tak bawa. alasannya, CIKGU TAK PESAN. tak pun LUPA.... sehari dua terima lagi la.. tapi kalau dah makan bulan n tahun alasan yang sama sapa tak hangin.

MASA STUDENT BUAT ARCA FIGURA GUNA DAWAI

Tahun ni aku baru diberi tugasan untuk mengajar student form 5. SPM tu.... nasib baik first class student tu pun problem gak... coz masa form 4 x ambik langsung seni tup2 naik form 5 pentadbir suruh ambik arts... bengongggg ke apa. aku x puas ati gak tapi dah pengetua berkeras gak suruh ambik. ni satu lagi makhluk yang menganggap seni tu senang n bantu dlm result SPM. mmg la boleh bantu tu pun kalau buat kerja kursus. Bab kerja kursus yg student malas bebenor nak buat. apa2 pun aku bangga gak la coz walaupun student aku x penah ambik arts b4 ni, result percubaan SPM utk seni semua lulus. 3 org A1 n 4 org A2. paling rendah pun 1 org dpt B4. orait la tu.

Bab bahan dan alatan, aku dah rancang thn depan aku nak pegang semua alatan student masukkan dlm bakul ikut class n simpan di studio seni. mgkn ini cara yg terbaik dpt aku fikirkan buat masa ni utk atasi masalah tak bawa alat.

GURU CEMERLANG????? apa ya

Guru Cemerlang

“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang

Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan.

Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.

Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.

Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.

Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang
  • Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
  • Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  • Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
  • Meningkatkan motivasi guru.
  • Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
  • Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
  • Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
  • Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).

23 Oktober 2009

REUNION DPM 1 1996/1999 SESI 1 2008


GAMBAR REUNION MPSAH 2008

Setelah hampir 10 thn bergelar guru dan meninggalkan Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Kedah (kini Institut Perguruan), pertama kalinya kami berjaya bertemu kembali di Cameron Highland. Ada apa ya.... apa lagi reunion la........

PERKARANGAN RUMAH PERSEKUTUAN CAMERON HIGHLAND

Program ni telah dirancang pada pertengahan thn 2008 dan diadakan di Rumah Persekutuan Cameron Highlands pada 26-28 November 2008. Seramai 17 daripada 20 keluarga telah berjaya menghadiri majlis ini.

KELUARGA AKU

ANAK BUAH HUBBY AKU, ADIB PUN PI JUGAK

Antara xtvt yg dilaksanakan bersuai kenal dgn ahli keluarga member2, sukaneka, penyampaian cenderahati dan melawat ke beberapa tempat yg menarik di sekitar Cameron dgn bergerak secara konvoi,memang best.
SEBAHAGIAN ACARA SUKANEKA


NAK KELUAR BUAT LAWATAN. ADA YG DAH NAK BALIK COZ ADA EXAM (SAMBUNG BELAJAR KAT OUM)



LAWATAN DI TANAH RATA



LAGI TEMPAT YG DILAWAT (SHOPPING)

Masa Reunion ni member kelas aku yg hadir 4 orang ja termasuk aku la, hubby aku, tokwan (aku panggil Nana) dan Eddie. Yang lain x dpt hadir. ada keje la tu. emmmmm..... lak nak buat sesi ke 2 ya. dgr2 mungkin buat dwi tahunan kot. tengok la sapa lak nak jadi penganjur. Bukan senang nak inchange majlis ni. makan masa lak tu dan kena rancang betul2 baru leh buat.



BERSAMA ORANG PENCETUS IDEA BUAT REUNION (TOK WAN)





REUNION MY HUBBY


BERGAMBAR DI HADAPAN SEKOLAH LAMA DIA SMK RAJA SHAHRIMAN , BERUAS.


Setelah sekian lamanya tamat persekolahan, thn ni 2009 hubby aku bertemu semula ngan kengkawan dia.... sapa x happy jumpa member zaman sekolah kan kan kan.... aku pun teringin gak nak jumpa balik kengkawan zaman sekolah, tapi....... susah gak rasanya coz aku ni sekolah merata tak macam hubby aku ni, sekolah menengah satu ja SMK Raja Shahriman, Beruas, Perak. so, kalau buat reunion x dak la byk kali sgt. paling2 kurang pun 1 thn sekali.

Masa kat reunion ni aku ikut gak la. Tapi kami sampai dah petang, dah ada member hubby aku yg dah balik. masa kami sampai pun ada yg tengah nak berangkat tapi terbantut bila tengok hubby aku sampai. LAMBAT.... alah nak buat cam na, kena lak hari tu aku ada mesyuarat kat sekolah n hubby aku pun ada urusan sekolah yg nak kena uruskan. habis meeting aku terus balik n hubby aku terus ajak ke beruas. masa tu dah pukul 2 lebih. kami sampai kat tmpt reunion (rumah member hubby aku la) dah pukul 5 lebih. tapi sempat gak la jumpa ngan kengkawan dia walaupun x semua.

Balik dari situ sempat lagi hubby aku singgah sekolah dia dulu. dia citer kat aku pasal sekolah n member2 dia (ntah kali ke berapa tah dia citer kat aku. asal blk ja perak lalu depan sekolah mesti citer. dengar je la, nnt kecik ati lak)




ish... bila la turn aku berreunion ni.... kalau ada member2 zaman sekolah dulu tersesat masuk blog aku ni jgn lak lupa tinggal kan msg kat blog aku ni x pun email je ju_haida@yahoo.com


15 Oktober 2009

PANCARAGAM SK SERI AMPANG MUDA


CLICK IMEJ

Pasukan Pancaragam SK Seri Ampang Muda mula ditubuhkan pada thn 2000 lagi secara suka-suka ja. masa tu aku ngan hubby ngajar kat situ la. dah sama-sama bidang so boleh la nak buat. Mula-mula nak tubuh tu ya Allah punya la banyak mulut-mulut yg mencerca. biasala benda baik mmg cam tu. sampai ada dikalangan member guru kat sini yg marah student aku konon nak jadi penyanyi la pelakon la. tapi aku n hubby buat selamber je..

Pastu, thn 2003 buat pertama kalinya pasukan ni masuk pertandingan. masa tu punya la daif. alatan jangan cakap la. pakai baju pun t-shirt krs je... tapi yg x best nya thn ni gak aku diarahkan bertukar ke sekolah baru. x pe la aku serah kat hubby aku urus semua tu. masa ngajar sekolah rendah leh gak tolong gubah lagu. sekarang dah kat sekolah menengah x dak masa nak tolong...... bz beb.....................

Sekarang bila nama pancaragam sekolah dah mula bermain di bibir semua rakyat jelata baru la member-member yg mengutuk nak mampussss tu ngaku hak dia. alah tumpang satu sekolah jerrr. Apa-apa pun aku bangga gak la usaha aku berhasil walaupun kini bukan lagi hak milik aku...... nasib lerrrrr.

MY ART'S WORK


click untuk besarkan imej

click untuk besarkan imej

click untuk besarkan imej



Art's work ni aku buat masa aku blajar kat uitm. sempat gak la buat pameran di Galeri Shah alam thn 2005 ke 2006 .... tah x ingat.

14 Oktober 2009

SEJARAH SIK

Sik

Daerah Sik terletak di bahagian timur negeri Kedah Darul Aman, Malaysia.

Sik merupakan sebuah kawasan yang masih lagi terpelihara flora dan fauna. Daerah ini masih lagi mempunyai kawasan hutan lipur dan hutan rekreasi yang banyak dan masih terpelihara. Selain daripada itu, daerah ini juga telah dijadikan sebuah "kawasan Agro-Pelancongan oleh Kerajaan Negeri Kedah".

Antara Hutan Lipur dan Hutan Rekreasi yang popular di daerah ini ialah:

* Hutan Lipur Lata Lembu
* Hutan Lipur Lata Mengkuang
* Hutan Rekreasi Sik
* Hutan Rekreasi Lata Mengkuang
* M.U.D.A. Resort -agro perlancongan
* Bendang Man -agro perlancongan


Sejarah

Sik sebenarnya berasal dari perkataan Arab "Syed". Mubaligh-mubaligh Arab yang menbuka penempatan ini. Mereka berhenti dan singgah dengan perahu di Lubuk Tok Keramat, Sg Chepir, berdekatan dengan stesen minyak Shell, di pekan Sik.

Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Tapak ini kemudian berkembang menjadi sebuah penempatan dan pondok yang pertama di daerah Sik dan mungkin yang pertama di negeri Kedah Darulaman.

Padang Tok Sheikh sekarang ini terletak berhampiran dengan Mesjid Pekan Sik dan sekarang ini dibangunkan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik, Kedah.

Perkataan "Sik" berasal dari "Syed" atau "Sheikh" dan jika disebut dalam loghat patani Kelantan, ianya berbunyi "Sik". Sebutan di antara bunyi Sik dan Saik. Persoalannya siapakah Rombongan Mubaligh yang membuka pekan Sik itu?

Keturunan Wan Ibrahim Mekong, ada hubung kait talian darah dengan Mubaligh-mubaligh ini.

dipetik dari wikipedia.

13 Oktober 2009

Danisha Qaisara



MY BABY GURLS



Tak tahu la nak nangis ke nak ketawa. senyum pun cam kena paksa ja. Apa yg pasti sememangnya dia suka tersenyum n mudah mesra ngan sapa2ja. that my only baby gurl

10 Oktober 2009

RAYA AIDAFITRI - 2009

Aku create banner ni sebenarnya nak gantung masa raya tapi x jadi coz dah agak lewat nak ke kedai printing. So, aku display je lah kat blog aku ni. x la rasa cam buang masa aku je buat bendalah ni. Any way, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat kengkawan yg mengunjungi blog chek ni........ masih di bulan syawal kan kira ok la.

8 Oktober 2009

PERMATA HATIKU


PERMATA HATIKU

Tanggal 21 Jun 2009..... tarikh keramat kelahiran puteri sulungku yang bernama Danisha Qaisara.
Comel kan...........

26 Julai 2009

Majlis Bercukur dan Berendoi



10 julai 2009, aku n hubby dah rancang nak buat majlis bercukur rambut dan sekaligus berendoi anak kami ni. Pada mulanya tak da la nak buat besar-besaran tapi tah cam mana terjadi meriah lak. berkat muafakat dan kerjasama masyarakat kampung belantik tempat aku bermastautin selama lebih kurang 7 thn ni alhamdulillah, majlis untuk anak kami ini amatlah meriahnya. malahan ada gak yang turut sama tumpang berkenduri. itulah rezeki yg melimpah-ruah apabila lahirnya seorang bayi. Betul lah orang tua-tua cakap setiap anak tu ada rezekinya.

masa berendoi lak terjadi dua kali. apataknya, asalnya pagi, lepas bercukur cadangnya nak buat marhaban tapi orang yang jadi tekong (ketua) tak dapat hadir coz kerja so, tukar ngan my student yang tinggal di asrama. Tok guru students aku ni kata terus ja la buat berendoi nak latih budak muda berendoi selaku pelapis la katakan. so pagi tu anak aku pun berendoi la dgn iringan lagu anak-anak murid aku.

pkl 12.00 lak lepas buat majlis doa selamat n tahlil, sekali lagi anak aku berendoi. kali ni orang tua-tua daripada kampung tempat aku ni la. dah hajat orang kampung so kena buat gak. takut nanti merajuk lak. susah gak. kena jaga hati orang tua gak. nama pun hidup bermasyarakat. Lagi satu hubby aku ni memang suka bermasyarakat ngan orang kampung tu yg jadi ramai kalau kami membuat sebarang majlis. sikit jadi banyakla.

alhamdullah, akhirnya selesai gak majlis untuk anak kami ni. makanan memang mencukupi. kiranya sampai malamlah cukup untuk tetamu yg datang last minute. betapa terharunya aku bila melihat sambutan masyarakat sekeliling terhadap kehadiran anakku ini ke muka bumi Allah ni. Terima kasih tak terhingga kepada semua yg datang dan memberi kerjasama tak kira dalam apa jua bentuk bantuan. Allah saja yang dapat membalasnya. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... http://aidaliepurnamamerindu-aidalie.blogspot.com/2011/01/lukisan-teknik-titik-pointillism.html