Catatanku kali ini lebih berkisarkan kepada sejarah. pabila ku mengetahui tentang kisah sebenar disebalik sejarah tanah air, aku terpanggil untuk berkongsi pengetahuanku ini dengan pengunjung blog ini.pada mulanya aku mendengar daripada datuk saudaraku yang juga merupakan seorang guru. beliau sememangnya suka mencari dan mengkaji tentang asal-usul keturunannya malah negerinya sendiri. setelah beliau menceritakan kisah tersebut aku mencarinya di laman web seperti yang disarankan. akhirnya ikutilah penemuan baru ku ini....
THAILAND TIDAK PERNAH DI JAJAH???
MEREKA BERBANGGA BAHAWA MEREKA ADALAH SATU-SATUNYA NEGARA DI ASIA YANG TIDAK PERNAH DIJAJAH.
MEREKA JELAS BERBOHONG KERANA BANGSA THAI YANG BERAGAMA BUDDHA (DARI
BANGSA SUK-KHO-THAI) ADALAH PENJAJAH NEGERI SIAM BERMULA TAHUN 1767.
SEBELUM PADA TAHUN ITU, NEGERI SIAM ADALAH SEBUAH NEGERI YANG BERAGAMA
ISLAM.
SERANGAN MEREKA BERMULA TAHUN 1767 LANTAS MEREKA BERJAYA MENAWAN AYUTHIA.
AYUTHIA TERCATIT SEBAGAI SHAH-RUL-NURI DIMANA HAMZAH FANSURI PERGI UNTUK MENDALAMI ILMU AGAMA ISLAM.
MANA MUNGKIN RAJA-RAJA MELAYU SANGGUP MEMBAYAR UFTI (ZAKAT) KEPADA RAJA SIAM SEKIRANYA MEREKA TIDAK BERAGAMA ISLAM.
MAHARAJA AYUTHIA TERAKHIR, BOROMORAJA EKATAAT MAHA DAMAYAZA HANYALAH
GELARAN SAHAJA. IA BERMAKSUD PEMBESAR DARI BERLAINAN DARAH KETURUNAN.
NAMA SEBENAR BAGINDA ADALAH KHALIFAH SYARIF ABU BAKAR SYAH. SETELAH
AYUHTIA DITAWAN BAGINDA BERUNDUR KE ISTANA NAKHUN SI THAMMARAT DAN DI
KENALI SEBAGAI 'RAJA BAKAR' @ RAJA NAMBANG (AIR TELOK) SEPERTIMANA
TERCATIT DALAM SEJARAH PATANI DAN 'SYARIF' DALAM MANUSKRIP UNDANG-UNDANG
KEDAH.
TERDAHULU, DALAM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA TERCATAT BAHAWA NEGERI SIAM
LANCANG DIBUKA OLEH SAYYIDINA JAMALUL ALAM BADRUL MUNIR ANAKANDA KEPADA
RAJA MERONG MAHAWANGSA YANG BERASAL DARI KEDAH. IA BUKAN DIBUKA OLEH
RAJA THAI BUDDHA.
RAJA YANG MEMERENTAH THAILAND HARI INI ADALAH RAJA THAI, BUKANNYA RAJA
SIAM. BANGSA TAI BERAGAMA BUDDHA MANAKALA BANGSA SIAM BERAGAMA ISLAM.
DUA BANGSA DENGAN DUA BAHASA YANG BERBEZA.
DALAM BAHASA SIAM YANG MASIH DIPERTUTURKAN DI PERLIS, KEDAH DAN KELANTAN 'SUK-KHO-TAI ' BERMAKSUD 'BANGSA-MUSUH-PUAK KAFIR.'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan