Sejarah negeri Kedah Darulaman banyak dilindungi oleh campurtangan
penjajah Inggeris dan Thai pada awal abad ke 17 dan 18 dahulu
menyebabkan banyak bukti-bukti sejarah negeri ini menjadi tidak selari
dengan bukti-bukti yang mula dijumpai semula hari ini. Pada masa yang
sama penemuan makam Sheikh Abdul Kadir ibni Hussain Syah Alirah
bertarikh 904 masihi di Tanjong Inggeris, Langgar dan penemuan batu
bertulis Ibnu Sirdan bertarikh 213 hijrah dalam celah-celah longgokkan
batu candi oleh Dr Othman Md Yatim membuktikan agama Islam tiba jauh
lebih awal dari tarikh 1400 masihi, tahun yang dikatakan Islam mula tiba
ke Melaka.
Penjajah Thai pasti mempunyai muslihatnya apabila mereka membakar naskah
Hikayat Merong Maha Wangsa. Tindakan ini diambil oleh tentera raja
buddha Thailand Rama V Chakri Sokho Thai Chulalongkorn (Chula Luang
Khun) pada tahun 1876 masihi selepas mereka berjaya membunuh Raja Maha
Besar Benua Siam Kedah, Sultan Jaafar Mad Azam Syah ibni Sultan Syed
Alang Alauddin di Gurun Kedah. Sayangnya nama baginda dan ayahanda
baginda berdua tidak terdapat dalam sejarah Kedah, negeri yang pernah
diperentah mereka sebagai Raja Besar. Nama Sultan Syed Alang Alauddin
bergelar Panglima Bukit Gantang ada tercatat dalam sejarah Perak namun
peranan dan sumbangan baginda telah di kecilkan.
Sultan Syed Alang Alauddin bergelar Panglima bukit Gantang telah
memerentah dari tahun 1839 hingga 1862 Benua Siam (mengikut buku
Konvensyen Sejarah Kedah)yang turut mencangkupi wilayah Perak hari ini.
Baginda adalah putera sulong kepada Sultan Mudzafar Syah III ibni
Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Raja Siam Ligor Nambang meliputi Kedah
dan Perak. Sebelum menaikki takhta sebagai Raja Besar Benua Siam,
baginda Sultan Mudzaffar Syah III ini pernah menjadi Raja Kemboja
Cempakasari (bergelar Po Chan) dan kemudiannya sebagai Raja Kuala
Kangsar. Nama sebenar baginda adalah Koya Long. Gelaran Koya mungkin
asing bagi kita hari ini namun di Georgetown, Pulau Pinang ada sebuah
masjid yang diberi nama Masjid Koya.
Pembakaran naskah Hikayat Merong Maha Wangsa pada 1876 ada tercatat di
dalam buku ‘Sejarah Kedah Sepintas Lalu’ sementara catatan dari James
Low mengatakan Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun memerintahkan
agar hikayat tersebut hendaklah dibakar habis habisan agar penulisan
yang berunsur agama Islam dan dakwah islamiah ini segera dimusnahkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan