kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat
merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan
memanipulasikan objek alam.
Pelbagai Jenis Alat dan Media
(a) Alatan Asas
Alatan-alatan asas seperti kertas lukisan, berus, warna dan krayon.
(b) Gambar
Gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan daripada imej yang pelbagai,
contohnya gambar keluarga, haiwan, bangunan, pemandangan dan pelbagai
lagi objek alam yang lain. Pelajar meniru imej di dalam foto untuk
dimanifestasikan di dalam karya lukisan mereka.
(c) Rakaman Video dan Penggunaan ICT
guru boleh menggunakan rakaman video dan menayangkan kepada para pelajar
di bilik media atau bilik pandang dengar yang terdapat di
sekolah-sekolah.
Penggunaan ICT merujuk kepada penggunaan alatan digital dan elektronik
dengan memanipulasikan perisian-perisian yang ada. penggunaan komputer,
pengimbas, kamera digital, pencetak dan Internet pembelajaran yang lebih
kreatif dan menyeronokkan.
PENGALAMAN DERIA
Setiap insan normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat dan deria sentuh.
Penggunaan deria yang baik akan dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu
membuat pemerhatian secara aktif, dan ianya menggalakkan interaksi yang
kritis dan kreatif dengan alam, alat dan bahan.
Cara Belajar
Belajar Secara Visual
Pelajar visual, secara amnya, dapatlah diklasifikasikan sebagai pelajar
yang gemar menggunakan deria penglihatan lebih daripada deria yang lain
untuk mendapatkan maklumat semasa proses pembelajaran berlaku. Pelajar
di dalam golongan ini lebih cenderung menggunakan maklumat bertulis,
nota, diagram dan gambar.
Belajar Secara Auditori
Pelajar auditori mendengar dengan tekun untuk memahami, dan proses
menulis nota dilakukan kemudian. Adakalanya pelajar auditori tidak
memahami maklumat bertulis dan perlu mendengar dengan sendiri penjelasan
guru.
Belajar Secara Kinestetik
Pelajar golongan ini dapat belajar dengan lebih efektif melalui sentuhan
dan pergerakan. golongan ini memerlukan aktiviti yang lebih berbentuk
hands-on.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan