KREATIVITI
Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.
Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanakkanak yang gemar
meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu.
PENGERTIAN KREATIVITI
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa
maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare”
bermaksud “memenuhi’. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti
sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan
manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan
dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.
Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang
menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang
mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang
tidak ada sebelumnya.
PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI
Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan
penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti.
Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah berjaya
mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan
gelaran Bapa Kreativiti.
June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan
seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk
mengolah idea.
Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada
individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam
kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada
pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri
sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif.
Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa
tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di
persekitarannya. Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti
di dalam bidang seni ataupun sains,
Victor Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu
boleh diukur melalui empat omponen utama iaitu kelancaran,( secara
spontan serta pantas )
fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi
keaslian (mencari idea baru dan asli kepekaan. (Penggunaan deria
pancaindera seperti melihat, merasa,
mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses engamatan dan merekod.)
TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI
Perkembangan Kreativiti Fisher
(a) Peringkat Rangsangan
Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan
sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan
kritikal.
(b) Peringkat Penerokaan
Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha
menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang
timbul.
(c) Peringkat Perancangan
Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.
Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:
• Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan,
pemerhatian, interaksi dan sebagainya.
• Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.
(d) Peringkat Aktiviti
Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran
kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti.
Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan
seperti ‘’Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan
tersebut?’’
(e) Kajian Semula
Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi
proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja.
Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.
Laura H. Chapman – 3 kaedah diperkenalkan :
(a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)
Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan
penghasilan karya. guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam
menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana
idea.
(b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)
Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun.
Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual
yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif
penghasilan.
(c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)
guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan
melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.
Calvin W. Taylor
(a) Kreativiti Bersifat Ekspresif
Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas.
Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan
secara spontandan bebas mengikut kemampuan yang sesuai dengan
perkembangan fizikal mereka yang belum stabil.
Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dan contengan mudah.
(b) Kreativiti Melalui Penghasilan
guru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada
kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun.
(c) Kreativiti Bersifat Inventif
Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda
atau objek melalui proses eksprimentasi. Peranan guru pada peringkat ini
adalah memberikan motivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan
dan putus asa.
(d) Kreativiti Bersifat Inovatif
Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada
kepada idea baru yang lebih bermakna. pelajar mula bertindak luar dari
kaedah konvensional dan menghasilkan alternative bagi setiap
perancangan.
(e) Kreativiti Bersifat Emergen
Ini merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip
formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah.
Sebagi contoh, figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk
formal dan bentuk asalnya oleh kanakkanak apabila melukis.
CIRI-CIRI KREATIVITI
(a) Bersifat Fleksibel
Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam
pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis.
(b) Sensitif dan Peka
Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan
sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut
sensitif menggunakan deria.
(c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen
Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan
idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil
cedokan daripada mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah
tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. Mereka ini biasanya
menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya
yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.
(d) Bersifat Terbuka
Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat
orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap
bebas serta demokratik.
(e) Logik
Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional.
Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa.
(f) Berfikiran Bebas
Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong
pada satusatu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang
agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada
kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat
keputusan.
STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI
Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)
(a) Kaedah Pertama
Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini
boleh membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir
idea yang diberikan tidak mampu dilaksanakan.
(b) Kedah Kedua
Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila
idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan
menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan
murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba
untuk mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan
kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut.
(c) Kaedah Ketiga
Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam
idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses
kemudiannya.
(d) Kaedah Keempat
Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak
masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar
daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat
konvensional dan bersifat biasa sahaja.
Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance
proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar.
(a) Penyoalan
Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.
(b) Penemuan
Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan
rangsangan oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuan
terbaru melalui penyelidikan dan kajian.
(c) Pemerhatian
proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan
semata-mata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain
seperti deria sentuhan, dan sebagainya.
(d) Percubaan
Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil
terbaik. Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi
mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki.
(e) Penerokaan
Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling.
(f) Memanipulasi
murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling
untuk dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha
ini mengajar pelajar supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran.
(g) Aktiviti/Bermain
Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak,
masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran.
Justeru, rangsangan perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk
akademik. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti
membuat mural di sekolah.
MENINGKATKAN MOTIVASI
Strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proses kreativiti.
(a) Memilih Bahan dan Alat
Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.
(b) Masa
Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa
yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka.
(c) Rangsangan
Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan.
Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan
banyak lagi hasil karya seni visual.
(d) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel
Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka
seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan
cadangan daripada murid.
(e) Hormat-menghormati
Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan
(f) Memberikan Galakan dan Motivasi
Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya.
(g) Penghargaan
Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan