Tatkala bulan mengambang, hati dirundung kesyahduan dek keindahannya lalu menjelmalah ...... Purnama_Merindu
26 Julai 2009
Majlis Bercukur dan Berendoi
10 julai 2009, aku n hubby dah rancang nak buat majlis bercukur rambut dan sekaligus berendoi anak kami ni. Pada mulanya tak da la nak buat besar-besaran tapi tah cam mana terjadi meriah lak. berkat muafakat dan kerjasama masyarakat kampung belantik tempat aku bermastautin selama lebih kurang 7 thn ni alhamdulillah, majlis untuk anak kami ini amatlah meriahnya. malahan ada gak yang turut sama tumpang berkenduri. itulah rezeki yg melimpah-ruah apabila lahirnya seorang bayi. Betul lah orang tua-tua cakap setiap anak tu ada rezekinya.
masa berendoi lak terjadi dua kali. apataknya, asalnya pagi, lepas bercukur cadangnya nak buat marhaban tapi orang yang jadi tekong (ketua) tak dapat hadir coz kerja so, tukar ngan my student yang tinggal di asrama. Tok guru students aku ni kata terus ja la buat berendoi nak latih budak muda berendoi selaku pelapis la katakan. so pagi tu anak aku pun berendoi la dgn iringan lagu anak-anak murid aku.
pkl 12.00 lak lepas buat majlis doa selamat n tahlil, sekali lagi anak aku berendoi. kali ni orang tua-tua daripada kampung tempat aku ni la. dah hajat orang kampung so kena buat gak. takut nanti merajuk lak. susah gak. kena jaga hati orang tua gak. nama pun hidup bermasyarakat. Lagi satu hubby aku ni memang suka bermasyarakat ngan orang kampung tu yg jadi ramai kalau kami membuat sebarang majlis. sikit jadi banyakla.
alhamdullah, akhirnya selesai gak majlis untuk anak kami ni. makanan memang mencukupi. kiranya sampai malamlah cukup untuk tetamu yg datang last minute. betapa terharunya aku bila melihat sambutan masyarakat sekeliling terhadap kehadiran anakku ini ke muka bumi Allah ni. Terima kasih tak terhingga kepada semua yg datang dan memberi kerjasama tak kira dalam apa jua bentuk bantuan. Allah saja yang dapat membalasnya. Amin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan