TITIAN DENAI

25 Oktober 2009

PENDIDIKAN SENI VISUAL


AKU NGAN STUDENT AKU


apa ada dgn seni......arts..........


"alah! subjek sampingan ja, x masuk exam pun subjek tu, x penting..... buang masa ja ambik subjek tu, alah! subjek senang ja tu, lukis ja kan."

itu lah antara bicara-bicara sumbang yg sering kedengaran di cuping telingaku ini. hangin gak aku bila ada dikalangan rakan guru kata cam tu. tapi yg aku peliknya dan hampehhhh tu ngan org cam tu bila bagi ja subjek tu suruh ngajar x nak lak. pelik gak aku. kata subjek paling senang diajar dan byk relaks, tapi bila suruh ngajar mati2 x nak. bagi aku la, kalau dah senang buat apa nak tolak. kaut jer la bila dah pentadbir bagi suruh ngajar.....

Hehehe tu la, jangan ingat benda yg senang tu mmg senang n benda yg susah tu teramatla susahnya.

aku ingat lagi pensyarah maktab aku dulu ada bagi tau kat aku satu kelas. subjek seni ni x kira la seni muzik ka seni lukis ka, nampak jer senang. walhal subjek yg termasuk dlm kategori yg susah gilerrr. dia kata masa ngajar mmg la nampak senang n relaks tapi masa kita blajar. nak ambik ilmu ttg seni ni. mak aiii, nak mampuih gak la kepala otak.

penah gak la masa aku blm sambung blajar ambik ijazah dulu, ada la seorg cikgu ni nak sambung gak la ambik ijazah. aku tanya dia nak ambik apa nnt. dengan selamba badak nya dia kata nak ambik seni coz subjek paling senang nak lulus.... tergelak besaq aku bila dengar dia cakap cam tu.
aku tanya lagi, ada basic ke ttg arts or minat ke, mmg ada bakat ke... dia kata x dak. mmg nak ambik pasal senang lulus.

pastu dek kerana kesian n x mau bg kawan kantoi first semester. aku pun bg tau la kat dia kalau dah nekad nak ambik gak kena tawakal la coz semua bahan rujukan byk dlm bahasa inggeris x pun france dan satu lagi kalau ambik subjek paling senang di dunia ni (kononnya la) kena tahan mata x leh tidoq lelama. pasal apa???? art works punya la belambak2 nak kena buat. nak cari idea satu2 tajuk pun masyallah berpinau gak la kepala otak. bukan aku nak bagi dia takut, tapi itu lah kenyataannya.

ni ada satu lagi kes kawan aku masa kat Uitm, dia ambik couse sama ngan aku tapi dia tak dakbakat utk melukis minat pun just gitu-gitu ja. mula2 dia melukis kengkawan gelak kat dia. start from on that day dia x penah lagi tunjuk art works dia. member2 pompuan mula la kata dia kedekut ilmu coz buat keje x nak tunjuk. simpan buat pekasam kat bilik. padahal dia malu. (tu pun aku tahu masa dah sem 4) aku? aku nak kata x berdunia ngan org x gak cuma aku malas ambik tahu ja. yg aku tahu hujung minggu ja pasti aku hilang balik rumah aku kat sik. jauh pun x per janji ati senang. Balik pada kawan aku tadi tu..... aku tanya dia apsal ambik arts kalau dah x der basic n x minat. dah tu bakat x der gak(kata dia la). dia kata saja ja nak ambik ijazah n nak upgred gaji. ingat seni senang. rupanya??????. apa2 pun sekarang dia dah buat master pun. tapi bukan arts la. dia buat bahasa. dah mmg org bahasa nak ke mana nya.


MEMBIMBING STUDENT BUAT KELARAI TRADISIONAL
MASA BENGKEL ARTS CLINIC DI GALERI SHAH ALAM
(MASA DI UiTM)


so, bagi manusia2 yg suka pk seni tu senang, jangan la. buat dulu baru tahu. bagi aku walaupun dah pegang ijazah arts, seni masih susah. ngajar pun susah gak. pasal apa?... sepanjang aku ngajar kat sekolah menengah ni, x der satu hari pun yg buat ati aku senang. pasalnya, student aku x penah nak bawa alatan dan bahan seni kecuali bila dipesan. asal tanya ja kenapa tak bawa. alasannya, CIKGU TAK PESAN. tak pun LUPA.... sehari dua terima lagi la.. tapi kalau dah makan bulan n tahun alasan yang sama sapa tak hangin.

MASA STUDENT BUAT ARCA FIGURA GUNA DAWAI

Tahun ni aku baru diberi tugasan untuk mengajar student form 5. SPM tu.... nasib baik first class student tu pun problem gak... coz masa form 4 x ambik langsung seni tup2 naik form 5 pentadbir suruh ambik arts... bengongggg ke apa. aku x puas ati gak tapi dah pengetua berkeras gak suruh ambik. ni satu lagi makhluk yang menganggap seni tu senang n bantu dlm result SPM. mmg la boleh bantu tu pun kalau buat kerja kursus. Bab kerja kursus yg student malas bebenor nak buat. apa2 pun aku bangga gak la coz walaupun student aku x penah ambik arts b4 ni, result percubaan SPM utk seni semua lulus. 3 org A1 n 4 org A2. paling rendah pun 1 org dpt B4. orait la tu.

Bab bahan dan alatan, aku dah rancang thn depan aku nak pegang semua alatan student masukkan dlm bakul ikut class n simpan di studio seni. mgkn ini cara yg terbaik dpt aku fikirkan buat masa ni utk atasi masalah tak bawa alat.

1 ulasan:

  1. betul-betul-betul...akak rasa nak berlubang kepala kerana asyik tak bawa alatan saja bebudak ni. kelas pulak yang semua subjek tak mo terima, seni la kena ambil,huh...tensionnnn betul la jue!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... http://aidaliepurnamamerindu-aidalie.blogspot.com/2011/01/lukisan-teknik-titik-pointillism.html