1. Pengenalan
Dalam struktur organisasi sebuah sekolah menengah, Guru Penolong Kanan
1 bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal Pengurusan kurikulum.Walau
bagaimanapun, Pengetua adalah bertanggungjawab kepada Kementerian
Pendidikan tentang pelaksanaan kurikulum di sekolahnya untuk mencapai
matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, adalah wajar bagi
Pengetua menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum di sekolahnya dengan
PK 1 sebagai Naib Pengerusi.
2. Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
(JKS) adalah badan yang menentukan dasar-dasar sekolah yang berkaitan
dengan kurikulum. Fungsi JKS ialah untuk merancang dan menyelaras
segala hal berkenaan dengan pelaksanaan kurikulum di sekolah. Ahli-ahli
JKS adalah terdiri daripada Ketua Bidang dan Guru-guru Kanan @ Ketua
Panitia Mata Pelajaran .
3. Panitia Pendidikan Seni Visual
3.1 Anggota Panitia Pendidikan Seni Visual merupakan semua guru yang
mengajar PSV di sekolah. Ketua Panitia ialah seorang guru kanan yang
dilantik oleh Pengetua.Manakala AJK dilantik oleh panitia sendiri.
3.2 Pengurusan mata pelajaran PSV yang baik dapat memperlihatkan,
a. Perancangan yang teliti
b. Pengelolaan yang sistematik
c. Ciri-ciri kepimpinan yang dinamik
d. Pengawasan yang berkesan
3.3 Melalui badan ini, guru-guru PSV berpeluang untuk mencari
penyelesaian kepada masalah dalam bidang pengajaran, motivasi dan sikap
serta tabiat belajar yang dimiliki oleh pelajar disamping dapat memupuk
kerjasama, berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk
mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
3.4 Keputusan yang diambil oleh panitia perlu dibawa oleh ketua
panitia kepada Pengetua untuk mendapat penyelesaian atau makluman.
4. Tugas-tugas Panitia PSV
4.1 Sukatan Pelajaran
Menentukan sukatan yang digunakan ialah sukatan semasa, memahami sukatan dan huraian sukatan.
4.2 Rancangan Pelajaran.
Menyediakan dan menyelaraskan rancangan bagi semua kelas mengikut tingkatan .
4.3 Rancangan Harian
Menentukan adanya rancangan berasaskan Sukatan Pelajaran semasa.
4.4 Alat dan Bahan
Merancang pembelian yang perlu untuk P & P disemua tingkatan.
4.5 Buku-buku rujukan
Mencadangkan pembelian buku-buku rujukan untuk PSS dan Bilik PSV.
4.6 Alat Bantu Mengajar
Mengumpul berbagai jenis BBM untuk kegunaan guru PSV dalam P & P.
4.7 Ujian dan Peperiksaan
Menyelaras kertas-kertas soalan untuk semua tingkatan.
4.8 Keputusan Ujian dan Peperiksaan
Menganalisis dan mengkaji keputusan tersebut untuk mengesan kelemahan dan cara mengatasi.
4.9 Kertas Soalan
Mengadakan bank soalan.Mengumpul soalan sekolah lain untuk kajian.
4.10 Sudut PSV
Mengadakan sudut PSV dibilik darjah , perpustakaan dan tempat-tempat tertentu.
4.11 Mesyuarat
Mengadakan mesyuarat formal dan tidak formal.
4.12 Hal-hal lain
Kerjasama dengan panitia lain seperti lawatan dan minggu panitia.
5 . Tugas-tugas Ketua Panitia
5.1 Mesyuarat Panitia
-mempengerusi semua mesyuarat PSV
-mengadakan mesyuarat secara berkala atau perjumpaan tidak formal.
-menyelenggarakan fail-fail,minit mesyuarat, laporan,surat menyurat dan dokumen yang
berkaitan dengan kemaskini.
5.2 Penyeliaan Panitia
5.3 Sukatan Pelajaran
-mendapat dan membekalkan Sukatan PSV untuk panduan semua ahli.
5.4 Buku stok
5.5 Bilik Seni dan peralatan
5.6 Perkembangan staf
-menyediakan dan mengadakan perkembangan staf bagi guru-guru PSV
5.7 Perbelanjaan Tahunan
5.8 Rancangan Pengajaran
-menyelaras dan menyemak rancangan pengajaran semester.
5.9 Analisis Peperiksaan
5.10 Kemajuan Diri
-mempertingkatkan kualiti kerja amali untuk menguasai kemahiran PSV
5.11 Pencerapan
-membantu pihak Pengetua dalam pencerapan guru PSV
5.12 Koleksi BBM
-mengadakan koleksi BBM secara kolektif.
5.13 Pemilihan Guru
-mencadangkan kepada pihak Pengetua pemilihan guru PSV
5.14 Guru Sumber
5.15 Tugas-tugas lain yang berkaitan
-menerima dan menjalankan tugas lain dengan penuh kerelaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan