Menurut June McFee dalam bukunya bertajuk 'Preparation for Art',
menyatakan seni adalah sebahagian dari kebudayaan sesuatu masyarakat
kerana ianya adalah jelmaan daripada beberapa bahagian nilai, sikap dan
kepercayaan dalam sesuatu masyarakat. Secara langsung kenyataan ini
melambangkan bahawa seni merupakan cerminan budaya dalam sesebuah
masyarakat. Tanpa budaya mesyarakat itu tidak kukuh dan tidak
mengandungi nilai tamadun.
Menurut Sidi Ghazalba dalam bukunya bertajuk Pandangan Islam Tentang Kesenian
menyatakan bahawa sesuatu kebudyaan ialah cada berfikir dan cara
merasa, yang menyatakan diri dalam seluruh selompok manusia yang
membentuk masyarakat, dalam sesuatu ruang dan sesuatu waktu. Takrif ini
dapat diringkaskan bahawa kebudayaan itu adalah cara berfikir dan cara
menikmati dalam kehiduapan. Jelasnya ialah 'Cara hidup'.
Menurut Herbert Read dalam bukunya 'The Meaning of Art',
menyatakan Seni itu adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan.
Yang dimaksudkan dengan 'menyenangkan' aialh kesenangan estetik (aesthetic pleasure).
Oleh
yang demikian, mengapa ada dikalangan masyarakat meragui mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual?. Pendidikan Seni Visual lebih menjurus untuk
melahirkan perubahan individu kepada nilai murni dengan memupuk diri
dalam pengalaman estetik dan membentuk emosi yang seimbang. Beberapa
kenyataan ini akan menguatkan hujah bahawa pentingnya Pendidikan Seni
Visual dalam merealisasikan perubahan tingkahlaku manusia dalam dunia
pendidikan.
Seni sebagai Alat Penyataan diri
Moholy
Nagey menyatakan, satu cara untuk ilistrasi emosi adalah dengan
menggunakan seni untuk merangsang dan menyatakan emosi itu. Sebenarnya
melalui aktiviti-aktiviti seni kesan emosi diri akan merasakan kepuasan,
lega, lapang perasaan, stabil emosi, dan ketengaan dari tekanan
perasaan. Ini terbukti dengan membuat aktiviti melukis, kraf atau
apa-apa kegiatan seni akan meimbulkan kesan kelegaan dengan meluahkan
perasaan dalam hasil karya yang dibuat itu.
Seni Menajamkan Kepekaan dan Pengamatan
Pacaindera
yang ada pada manusia seperti rasa, sentuhan, bau, penglihatan,
pendengaran adalah fitrah yang Allah berikan kepada manusia.
Panceinderan ini perlu disuburkan melalui sentuhan yang murni.
Pengalaman seni memerlukan kepekaan terhadap pengamatan semasa pencitaan
sesebuah karya seni, sebagai contoh semasa melukis, pengkarya perlu
memberi perhatian dan pengamatan kepada objek yang difokuskan, maka
berlakulah pengamatan secara teliti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan