penggal pertama persekolaha sesi 2011 telah bermula...sememangnya minggu pertama amat memanatkan dan tugasanku padat.. namun alhamdulillah tugasan agihan buku teks telah selesai dibuat. minggu kedua.. aku mula melangkah masuk kelas (sebenarnya anak didikku yang masuk ke studio seni..hehehe)...minggu ini aku lebih banyak memberi penerangan tentang subjek dan juga peralatan yang perlu dibawa setiapkali masuk ke studio...
minggu berganti minggu, kelas pun mula bertukar dari tingkatan 3 hingga lah ke tingkatan 5, aku memulakan pengajaranku. kukira..diawal sesi persekolahan, aura amarahku tak mungkin akan bergegar. suara nyaring dan lantangku memarahi anak2 didikku tak mungkin berkumandang diseluruh pelusuk sekolah...namun, jangkaan ku meleset.. kalau pelajar tingkatan 3 mungkin aku maafkan kerana tahun ini merupakan tahun pertama mereka bersamaku dalam menimba ilmu pengetahuan. malah mereka masih belum memahami kehendakku. bagiku tidak sepatutnya pelajar yang paling senior di sekolah masih melakukan kesalahan yang sama...
TIDAK MEMBAWA PERALATAN SENI .... itu lah kesalahan yang sering dilakukan oleh anak didikku walaupun sering dipesan dan diberi ingatan selalu...itu lah juga yang dilakukannya.. apabila ditanya ada saja alasan mereka sehinggakan aku hafal ayat-ayat alasan yang akan diberikan.
1. duit tak dak cikgu.....
2. semalam hujan, tak leh motong...
3. lupa cikgu...
4. tak ingat cikgu
5. jadual baru cikgu
6. silap tengok jadual cikgu
7. cikgu tak pesan pun.
8. cikgu tak bagitau kena bawa
9. ingat hari ni cikgu nak bagi nota saja.
10.tak tau cikgu
itulah alasan yang sering bertandang dicuping telingaku ini..Tindakan aku selaku guru???? emmmm...agak2.
aku sendiri pun tak tahu nak buat apa dengan masalah seumpama ini. marah? memang aku marah..macam-macam cara telah aku laksanakan, denda: yang memalukan berdiri diluar kelas agar semua pelajar dan guru melihat kelakuan mereka, yang menyakitkan...memang aku rotan di telapak tangan tak pun ketam batuku pasti hinggap di lengan atau di perut...berdiri sehingga habis waktu P&P....nasihat: cara elok, lembut , kasar telah ku lakukan...mogok, emmm apa lagi ya...pendek kata semua kaedah dah aku buat cuma kata2 kasar n lucah saja yang belum keluar dari dua bibirku ini...(sememangnya perkara ini adalah larangan buat diriku sejak dari kecil)....
Akhirnya aku bertanya secara bersemuka dengan mereka..
1. apa yang mereka mahu dan inginkan dalam hidup mereka...
2. apa yang mereka dapat dengan bersikap demikian...
3. api kemarahan yang wujud dalam diriku tiap kali mereka melangkah ke studio dengan berlenggang sahaja tanpa peralatan ditangan puncanya dari siapa...
apa yang aku dapat hanyalah SUNYI DAN SEPI.....tiada jawapan....
diaorg takut nak bukak mulut kot..hehe..
BalasPadamakak punn naik darah tinggi terpaksa ajaq form 5 seni. lebih rela ajaq bm 4 -5 kelas pun takpa walau putus urat leher menanda tang periksa besok, janji hati senang. depa pun satu, yg jenis semua subjek tak mau ambik bebudak ni dilonggok ke kelas seni....kita buat bodo buleh tak?
BalasPadam