TITIAN DENAI

31 Januari 2011

origami...kelas yang menceriakan



hari ni, 31 januari 2011...kelas bersama dengan 5 cekal...hatiku berdebar-debar adakah hari ini ketenteraman dan ketenangan jiwaku akan tergugat dek kerana kerenah pelajarku...kebiasaannya, perkara yang selalu menimbulkan kemarahanku pastinya pelajar tidak membawa peralatan dan bahan untuk topik pengajaranku..

tepat jam 10.20 pagi.....pelajar yang ditunggu pun tiba. alhamdulillah setakat yang ada masih lagi berjaya menjaga amarahku dari meletus dari lohongnya....akhirnya, proses pengajaran pun bermula...topik hari ini. ORIGAMI..aku belum penah lagi mengajar tajuk ini disepanjang aku bergelar guru seni..inilah kali pertama aku menggunakan perkataan origami dalam proses pengajaranku. 

buat pertama kalinya, hatiku merasa seronok melontarkan ilmu yang terbenam dilubuk dadaku untuk dipelajari oleh anak-anak didikku. bukan bermakna sebelum ni aku x suka mengajar mereka. cuma hari ini aku rasa lain sangat...semangat dan ketekunan serta kesungguhan yang dipamerkan oleh mereka dalam menimba ilmu amat mengujakan diriku. hari ini boleh dikatakan keseluruhan pelajar baik lelaki mahupun perempuan semuanya membawa peralatan dan bahan untuk subjek PSV.

dengan penuh kesabaran aku menunjukcara langkah-langkah untuk melaksanakan aktiviti sehingga semua pelajarku dapat apa yang aku inginkan. aku tak kisah walaupun kena mengulanginya berkali-kali.(aku pun tak tahu brapa kali aku ulang)...rupanya topik ini memang diminati oleh mereka.
wajah ceria seorang guru..

seketika terlintas dibenakku..mungkin mereka lebih selesa jika pengajaran seni tidak menggunakan warna air atau dalam ertikata lain mereka tidak suka melukis dan mewarna dengan menggunakan warna air. malah ada dikalangan mereka yang mengatakan.."cikgu, kalau tiap-tiap kali belajar seni buat benda-benda macam ni kan best"...masalahnya..Pendidikan seni visual bukan sahaja belajar tentang satu topik ja...malah perlu juga belajar cara melukis, mewarna dengan betul, menghasilkan model, kraf tradisional dan sebagainya. mahu tak mahu mereka kena juga melukis dan mewarna.

apa-apa pun aku masih lagi cuba mencari kaedah yang terbaik untuk menarik minat mereka terhadap seni lukis. setidak-tidaknya, menghapuskan anggapan mereka bahawa seni visual hanya mempelajari tentang melukis sahaja.







hasil yang dibuatnya


bangga dengan hasil mereka

tekun dalam menghasilkan karya
kerjasama yang ditunjukkan

yey!!! kami dapat buat...


hasil pelajar

29 Januari 2011

apa yang kau mahu...

penggal pertama persekolaha sesi 2011 telah bermula...sememangnya minggu pertama amat memanatkan dan tugasanku padat.. namun alhamdulillah tugasan agihan buku teks telah selesai dibuat. minggu kedua.. aku mula melangkah masuk kelas (sebenarnya anak didikku yang masuk ke studio seni..hehehe)...minggu ini aku lebih banyak memberi penerangan tentang subjek dan juga peralatan yang perlu dibawa setiapkali masuk ke studio...

minggu berganti minggu, kelas pun mula bertukar dari tingkatan 3 hingga lah ke tingkatan 5, aku memulakan pengajaranku. kukira..diawal sesi persekolahan, aura amarahku tak mungkin akan bergegar. suara nyaring dan lantangku memarahi anak2 didikku tak mungkin berkumandang diseluruh pelusuk sekolah...namun, jangkaan ku meleset.. kalau pelajar tingkatan 3 mungkin aku maafkan kerana tahun ini merupakan tahun pertama mereka bersamaku dalam menimba ilmu pengetahuan. malah mereka masih belum memahami kehendakku. bagiku tidak sepatutnya pelajar yang paling senior di sekolah masih melakukan kesalahan yang sama...

TIDAK MEMBAWA PERALATAN SENI .... itu lah kesalahan yang sering dilakukan oleh anak didikku walaupun sering dipesan dan diberi ingatan selalu...itu lah juga yang dilakukannya.. apabila ditanya ada saja alasan mereka sehinggakan aku hafal ayat-ayat alasan yang akan diberikan.
1. duit tak dak cikgu.....
2. semalam hujan, tak leh motong...
3. lupa cikgu...
4. tak ingat cikgu
5. jadual baru cikgu
6. silap tengok jadual cikgu
7. cikgu tak pesan pun.
8. cikgu tak bagitau kena bawa
9. ingat hari ni cikgu nak bagi nota saja.
10.tak tau cikgu

itulah alasan yang sering bertandang dicuping telingaku ini..Tindakan aku selaku guru???? emmmm...agak2.
aku sendiri pun tak tahu nak buat apa dengan masalah seumpama ini. marah? memang aku marah..macam-macam cara telah aku laksanakan, denda: yang memalukan berdiri diluar kelas agar semua pelajar dan guru melihat kelakuan mereka, yang menyakitkan...memang aku rotan di telapak tangan tak pun ketam batuku pasti hinggap di lengan atau di perut...berdiri sehingga habis waktu P&P....nasihat: cara elok, lembut , kasar telah ku lakukan...mogok, emmm apa lagi ya...pendek kata semua kaedah dah aku buat cuma kata2 kasar n lucah saja yang belum keluar dari dua bibirku ini...(sememangnya perkara ini adalah larangan buat diriku sejak dari kecil)....

Akhirnya aku bertanya secara bersemuka dengan mereka..
1. apa yang mereka mahu dan inginkan dalam hidup mereka...
2. apa yang mereka dapat dengan bersikap demikian...
3. api kemarahan yang wujud dalam diriku tiap kali mereka melangkah ke studio dengan berlenggang sahaja tanpa peralatan ditangan puncanya dari siapa...

apa yang aku dapat hanyalah SUNYI DAN SEPI.....tiada jawapan....

Arca

Arca

oleh Aida Lie pada pada 28hb Januari 2011 pukul 9.56 ptg
Reclining Mother and Child, 1975,
Henry Moore, (British, 1898-1986)
bronze, 94.5” x 53.5” x 47.5”
Definisi:

Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.

Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan, dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.

Jenis – Jenis Arca

Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.

Arca Asemblaj

Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.

Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu ‘ Bicycle Wheel ’ ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah.


Bicycle Wheel
Marcel Duchamp, 1951

Arca Timbulan

Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.


Henri Matisse - Back, IV,
1930-1931
Jacques Lipchitz
Maquette No. 1 for "Musical Instruments"
(1923)

Arca Mobail

Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.

Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak.

ALEXANDER CALDER
American, 1898-1976)
The Star, 1960
Polychrome sheet metal and steel wire
35 3/4 x 53 3/4 x 17 5/8”

Arca Stabail

Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.

Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.

Calder, Alexander
"Stabile, Paris-La-Défense" - (1976)
Calder, Alexander -
"Hollow Egg" - (1939)

Arca Gabungan

Diorama

Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.

Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

Lukisan Teknik Titik (Pointillism)


Lukisan Teknik Titik

Salah satu daripada teknik lukisan adalah teknik titik atau lebih dikenali sebagai 'pointillism'. Bagi menghasilkan lukisan teknik titik ini, alat yang diperlukan adalah sejenis pen yang dipanggil pen teknikal atau pen yang menggunakan dakwat basah. Penggunaan pen mata bola akan memberi hasil yang tidak memuaskan.

Kesabaran diperlukan dalam menghasilkan lukisan jenis ini kerana jika tidak sabar titik yang terhasil agak kurang baik dan terbentuk seperti garisan yang berekor. Bagi menghasilan lukisan jenis ini, anda perlu menghasilkan struktur rangka objek terlebih dahulu dan mengenalpasti garisan-garisan pemisah antara ton cerah, sederhana dan gelap

Mulakan dengan ton yang cerah dan tambahkan titik-titik sedikit demi sedikit bagi mendapatkan ton yang gelap
Contoh:


perbezaan dari ton gelap ke cerah
Proses melukis teknik titik

1. Buat lakaran struktur objek yang hendak dilukis dengan pensel. Dapatkan garisan kontour kawasan arah cahaya dan bayang iaitu daripada kawasan cerah ke kawasan yang gelap. Dengan menggunakan pen dakwat basah mulakan dengan titik bahagian yang mempunyai ton cerah.

2. Tambahkan titik pada kawasan yang mempunyai ton lebih gelap atau boleh menggunakan pen yang lebih tebal saiznya.

3. Siapkan dengan menambah titik-titik pada bahagian yang mempunyai ton gelap dan pastikan titik yang dibuat tidak menjadi garisan. Setelah lukisan selesai, padamkan kesan lorekan pensel.

Contoh-contoh Lukisan Teknik Titik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... http://aidaliepurnamamerindu-aidalie.blogspot.com/2011/01/lukisan-teknik-titik-pointillism.html