KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK
Berdasarkan teori Pembelajaran Maslow
# Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi seperti keperluan fisiologi iaitu makanan, minuman dan
pakaian.
#Jadikan suasana bilik darjah yang kondusif.
#Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang
#Memupuk nilai penghargaan kendiri dikalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang
sesuai
#Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar
#Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri dan
melibatkan diri secara aktif.
a. Jasmani dan fizikal yang sihat-Tubuh badan yang sihat akan membuatkan
pelajar bertambah kreatif dalam pemikirannya. Untuk itu penyediaan
pemakanannya adalah penting untuk perkembangan tubuh badan dan fizikal
pelajar yang sihat.
b Emosi yang stabil- Emosi pelajar perlulah stabil, peranan ibu bapa dan
guru ketika berinteraksi perlulah menunjukkan contoh-contoh yang
terbaik ketika berkomunikasi sesama mereka.
c. Kerohanian yang membanggakan-Tahap kerohanian yang dimiliki adalah tinggi
d. Kefahaman intelek yang tinggi– Pelajar perlu mempunyai tahap intelek
yang tinggi dan dapat berfikir dengan tepat sebelum membuat sesuatu
tindakan.
e. Perhubungan sosial yang menggalakkan – Perhubungan sesama kanak-kanak
hendalah didalam keadaan yang harmoni dan saling berinteraksi antara
satu sama lain tanpa ada perbalahan
f. Kefahaman tentang nilai-nilai estetik- Setiap kanak-kanak perlu
mempunyai kefahaman yang kuat tentang nilai-nilai estetik yang terdapat
didalam pendidikan seni visual.
Estetik
latihan-latihan perlu diperbanyakkan supaya kanak-kanak dapat
mempelajari konsep penghargaan terhadap sesuatu apa yang dilihat atau
dilakukan- diterapkan kedalam minda kanak-kanak maka konsep estetik
dapat ditanam seterusnya.
Ciri-ciri Perkembangan Kanak-kanak
#Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai arah tertentu. Perkembangan dan
pertumbuhan adalah berperaturan dan dapat dianalisis, baik pada
peringkat lahir, mahupun pada peringkat sudah lahir. #Perkembangan
berlaku dalam dua arah, iaitu dari kepala ke kaki (cephalocaudal) dan
dari tengah ke tepi (proximodistal).
#Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua ahli dalam satu-satu jenis. Kanak-kanak berkembang secara berperingkat.
#Perkembangan berlaku daripada kedaan yang menyeluruh kepada keadaan tertentu.
#Perubahan bersifat kualiti tidak dapat diukur secara tetap tetapi dapat dilihat daripada perubahan sifat.
#Proses perkembangan berterusan iaitu daripada permulaan hingga akhir
hayat, iaitu peringkat matang. Ia timbul daripada tindakan saling
berkait antara pertumbuhan fizikal dan pembelajaran.
#Perkembangan dipengaruhi oleh baka da persekitaran
Ciri-ciri Perkembangan dan Ciri-ciri Ekspresi
- Beri peluang untuk bekerja dengan berbagai bahan,cara dan teknik
kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak
terhad dan tidak terkongkong.
- Aktivti seni juga mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan dan
naluri ingin tahu kanak-kanak. seperti menyentuh, menguling, menguli,
meramas, menggosok, mendengar, mengesan bunyi,menghidu, meniru aksi
untuk mengenal sesuatu.
- aktiviti seni juga mudah dilaksanakan ketika bermain dan boleh dikaitkan dengan sesuatu yang digemari dan diminati .
Kreativiti
Proses kreativiti boleh melibatkan:
* Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti
* Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil
* Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah
Pemahaman
ı Aktiviti Pergerakan – Memahami asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang, masa, Imbangan berat badan dan daya atau aliran.
> Aktiviti Bermain –memperkembangkan konsep pembentukan kendiri,
seperti meningkatkan kefahaman dari segi emosi. Sosialisasi, kebudayaan,
fizikal, rohani dan nilai-nilai murni.
> Lagu – Di dalam lagu kanak-kanak akan dapat menambahkan keyakinan diri .
> Aktiviti Lakunan –dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas
lagi -menjadikannya sebagai seorang yang kreatif, inovatif,
bertangungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan lebih baik serta
dapat mengawal emosi dengan sempurna dan berkeyakinan tinggi.
Konsep kesedaran sendiri
* Memberi dorongan, bantuan, dan sokongan kepada usaha pembelajaran
* Memberi bimbingan yang wajar dengan membentulkan kesilapan pelajar dalam proses pembelajaran
* Mengajar pelajar mengikut cara kebolehan mereka supaya mereka sentiasa
menikmati pengalaman berjaya dan seterusnya meningkatkan perasaan
penghargaan kendiri dan keyakinan.
*Menerima pelajar-pelajar sebagai sebahagian dirinya
*Menggalkkan interaksi positif dikalangan rakan sebaya.
*Memberi peluang kepadanya memainkan peranan yang penting
*Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan