1976 –
KETAHANAN RAKYAT
Lima lembaga manusia melambangkan
lapisan rakyat yang berganding bahu membentuk satu tujuan dan cita-cita
kemakmuran dan keselamatan negara. Tema "KETAHANAN RAKYAT"
ditulis melengkung di atas menjadikan rekabentuk ini bulat dan bertangkup
melambangkan keteguhan negara. Rekabentuk ini juga berupa rebana ubi
menggambarkan satu masyarakat yang berkebudayaan Bulatan tadi membendung
perkataan '31 Ogos' sebagai Hari Kebangsaan. Lima
lembaga manusia juga mencerminkan lima
prinsip Rukunnegara yang menjadi landasan kepada matlamat negara. Warna yang
digunakan ialah warna-warna daripada bendera Malaysia
1977-BERSATU MAJU
Logo ini bertema "20
TAHUN BERSATU MAJU". Ia mempunyai lima bahagian yang naik meruncing menuju ke
atas sebagai tanda kemajuan dan semua bahagian ini semakin rapat untuk
membayangkan hasrat rakyat untuk bersatu. Lima
bahagian atau tiang yang ada melambangkan lima
prinsip Rukunnegara dengan yang di tengah-tengah sekali (yang paling tinggi)
menandakan prinsip pertama, yakni kepercayaan kepada Tuhan. Tiang-tiang lain
yang rupa dan bentuk asalnya diambil daripada bentuk hadapan perahu
melambangkan empat prinsip rukunegara yang lain, sementara bentuk hadapan
perahu dipilih sebagai menandakan teras kebudayaan Nasional yang berasaskan
kepada apa yang benar-benar timbul dari bumi negara ini. Bulatan yang
mengandungi nombor 20 atau rupa bentuk unsur-unsur kebudayaan itu menandakan 20
tahum selepas merdeka.
1978-KEBUDAYAAN
SENDI PERPADUAN
Logo tahun 1978 memberikan
penerangan babawa Malaysia
adalah sebuah negara yang mengandungi rakyat berbilang keturunan dan mempusakai
berbagai-bagai kesenian dan kebudayaan dan di samping itu berjaya menaungi
serta memupuk rakyatnya hidup bersatupadu
1979-
BERSATU BERDISIPLIN
Selaras dengan tema tahun 1979,
logo ini melambangkan rakyat Malaysia
daripada berbagai-bagai keturunan dan daripada segenap lapisan masyarakat
bersatupadu dan berdisiplin mematuhi amalan-amalan prinsip Rukunnegara dan
dengan itu dapat menuju ke arah kemakmuran dan keamanan.
1980-BERDISIPLIN BERBAKTI
Logo ini melambangkan
masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum dan bangsa yang berdisiplin berpandukan Rukunnegara (bentuk lima segi) dalam mencapai
kesejahteraan hidup hari-hari. Bulatan-bulatan yang melindungi di tengah-tengah
itu adalah kumpulan-kumpulan berbilang bangsa yang sentiasa bersedia berbakti
kepada Raja dan Negara.Bulatan Besar yang melingkumi segala bentuk yang ada itu
melambangkan 'bulat manusia kerana muafakat'. Bentuk bulat itu juga menegaskan
lagi keutuhan hidup berdisiplin.
1981 - BERDISPLIN BERHARMONI
Bentuk yang merupakan tiga
orang di sebelah bawah logo melambangkan masyarakat berbilang bangsa yang
sentiasa berganding bahu berusaha menampung dan menuju mercu kejayaan dan
kemajuan melalui lima
tiang yang mencerminkan garis panduan hidup berdasarkan prinsip Rukunnegara.
Bulatan-bulatan yang di sebelah atas melambangkan kejayaan dan kemajuan yang
berunsurkan politik, ekonomi dan kemasyarakatan.
1982-
BERDISIPLIN GIAT MAJU
Logo tahun 1982 berbentuk bunga
raya yang merupakan Bunga Kebangsaan. Daripada segi ciri-ciri bunga tersebut ia
dapat melambangkan ketahanan yang tetap segar seperti yang telah dibuktikan
oleh bunga itu sendiri. Warna-warna yang digunakan adalah warna yang terdapat
pada bendera Malaysia.
Seperti digambarkan warna biru pada angka 25 melambangkan cinta rakyat terhadap
negara dan percantuman 25 itu dapatlah melambangkan perpaduan, liku hidup dan
pembangunan yang telah dialami oleh negara dalam bidang pembangunan dan
kestabilan negara bagi mencapai 25 tahun merdeka dan terus berkembang untuk 25
tahun dan seterusnya pada masa hadapan.
1983-
BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN
Logo ini melambangkan perpaduan
dan kerjasama yang erat antara beberapa golongan rakyat dalam berbagai-bagai
bidang. Ini digambarkan melalui tiga simbol empat segi yang terjalin antara
satu dengan lain yang di dalamnya mengandungi bulatan-bulatan yang
menggambarkan kelompok-kelompok golongan yang terdiri daripada
usahawan-usahawan persendirian, golongan swasta dan golongan pentadbiran awam.
Ketiga-tiga golongan ini bergiat untuk membangunkan negara ke arah kemajuan dan
didukungi oleh satu petak tiga segi yang melambangkan sokongan pihak Kerajaan terhadap
usaha bekerjasama bagi mencapai aspirasi negara
1984- AMANAH ASAS KEJAYAAN
Bulatan putih di tengah-tengah
logo mencerminkan kesucian, kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi intisari
kepada sifat amanah. Bulatan biru yang dikelilingi oleh rajah kuning biru
berbentuk lima
segi melambangkan hidup muafakat di antara rakyat berbilang kaum di dalam
negara yang berdaulat berserta kerjasama yang erat antara sektor awam dengan
swasta yang akan membawa kejayaan di berbagai-bagai aspek
1985- NASIONALISME TERAS PERPADUAN
Logo Hari Kebangsaan bagi tahun
1985 melambangkan tema "NASIONALISIME TERAS PERPADUAN". Lima bulatan biru yang dikandungi oleh bentuk-bentuk merah
melambangkan rakyat Malaysia
berbilang kaum daripada berbagai-bagai rumpun bangsa yang bersatupadu manakala
bentuk-bentuk merah pula melambangkan semangat nasionalisme yang menjadi teras
perpaduan tersebut.
1986-BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH
Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan
kesungguhan dan ketegasan negara ini dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan dan
kedaulatan negara di kalangan masyarakat antarabangsa. Sikap negara yang
teguh dan positif ini hanya dapat diwujudkan dengan adanya sokongan lapisan
rakyat Malaysia
seperti yang dilambangkan dengan bentuk tiga segi berwarna merah itu
1987-SETIA
BERSATU BERUSAHA MAJU
Logo berbentuk empat segi yang
terletak di atas empat bulatan sementara bulatan yang kelima pula terletak di
tengah-tengah. Bentuk empat segi melambangkan penekanan dalam empat bidang
ekonomi iaitu perumahan, pertanian, pelancongan dan
perindustrian. Kegiatan dalam empat bidang ekonomi ini memerlukan dukungan
oleh lima bidang kegiatan yang dilambangkan oleh
lima bulatan. Lima bidang kegiatan yang
dimaksudkan ialah penyelidikan, pendidikan, perkhidmatan dan prasarana kewangan
dan keselamatan.
1988- BERSATU
Tema "BERSATU"
pada bahagian ini yang berupakan tiga kepala dan satu tubuh adalah digambarkan
secara grafik, di mana rakyat Malaysia
yang terdiri daripada berbilang kaum haruslah bersatu bagi mengekalkan perpaduan
dan keamanan di kalangan rakyat yang berjiwa Malaysia. Lima
jalur merah dan putih ini juga membawa erti rangkaian lima prinsip Rukunnegara yang sentiasa
diamalkan oleh penduduk negara ini. Tiga cabang mengistilahkan konsep
Bersih, Cekap dan Amanah yang menjadi asas pentadbiran kerajaan dan amalan
kehidupan seharian rakyat Malaysia
1989-BERSATU
Keunikan tikar mengkuang yang
memaparkan hasil seni anyaman tradisional sejak zaman-berzaman, menjadi aspek
penting dalam konsep logo ini. Petak-petak berwarna-warni ini ibarat
'anyaman' yang kukuh lagi erat, lambang perpaduan masyarakat berbilang bangsa
di Malaysia.
Petak-petak berbentuk empat segi merah dan biru menandakan rakyat di negara ini
hidup aman damai berteraskan perpaduan nasional. Bentuk-bentuk ini
dipisahkan oleh jalur-jalur putih yang mempunyai erti tersendiri, iaitu jalur
yang membawa maksud kebebasan dalam mengamalkan ajaran agama, menentukan adat
resam dan kebudayaan serta mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam dan
kebudayaan serta kebebasan menyuarakan cita-cita masyarakat.
1990-BERJAYA
Konsep tema "BERJAYA"
digambarkan melalui tiga kepala dan tiga tangan yang dilingkungi warna biru
melambangkan rakyat Malaysia
berbilang bangsa yang hidup bersatu demi mengekalkan perpaduan serta keamanan
untuk memastikan kejayaan Malaysia
seluruhnya. Jalur merah dan putih yang berbentuk tangan menjulang ke atas
membawa erti kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan yang menjadi kehendak dan
cita-cita negara yang tiada hadnya. Warna ini juga melambangkan konsep Bersih,
Cekap dan Amanah yang sentiasa menjadi asas pentadbiran negara.
1991- WAWASAN 2020
Anak panah yang terdiri
daripada jalur-jalur merah, biru, putih dan kuning melambangkan azam dan tekad
rakyat Malaysia
yang bersatu padu menyokong usaha ke arah menjadikan negara ini sebuah negara
maju. Bentuk segi tiga berwarna merah mencerminkan sokongan rakyat untuk
melipatgandakan daya usaha pengeluaran agar tercapai hasrat
tersebut. Bulatan biru, putih dan merah melambangkan perancangan dan pengawalan
yang terakhir iaitu yang berteraskan nilai-nilai yang luhur dan murni dalam
usaha mencapai wawasan 2020 (dua puluh dua puluh) itu.
1992- WAWASAN ASAS KEMAJUAN
Reka bentuk Logo adalah
berasaskan huruf 'W' dan anak panah. Huruf 'W' merujuk kepada perkataan
Wawasan dan tiga anak panah dalam huruf 'W' yang menuju ke atas melambangkan
arah dan haluan Wawasan iaitu kemajuan ekonomi, sosial dan kerohanian
masyarakat Malaysia
dan negara di masa depan. Secara keseluruhannya, rekabentuk logo ini
membawa maksud masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum hidup
bersatupadu dan harmoni dalam sebuah negara yang stabil, aman dan makmur
sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk menjadikan Malaysia sebuah negara 'maju' di
masa depan.
1983- BERSATU MENUJU
WAWASAN
Menggambarkan bersatupadu,
bekerjasama, bersemangat setiakawan, berharmoni serta bercita-cita tinggi bagi
mencapai wawasan. Menggambarkan cita-cita setiap masyarakat Malaysia
yang inginkan kemajuan, keharmonian, kesejahteraan dan keamanan yang berkekalan
menerusi wawasan yang dicita-citakan.
1994- NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN
Nilai murni, bukan hanya terletak pada tingkah
laku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani seseorang itu.
Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan
terletak pada niat di hati. Warna merah dan biru pada bentuk 'hati besar'
melambangkan berbagai kaum dan lapisan masyarakat MalaysiaSecara keseluruhannya
rekabentuk logo dan warna-warnanya melambangkan nilai murni bukan hanya
terletak pada tingkahlaku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak pada hati
nurani seseorang itu. Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia.
Segala perbuatan terletak pada niat di hati. Dengan memiliki nilai-nilai murni
inilah masyarakat Malaysia
menjayakan dan menuju wawasan 2020
1995- JATI DIRI PENGGERAK WAWASAN
Secara keseluruhannya
rekabentuk dan warna logo ini membawa maksud rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan
kebudayaan hidup dalam negara yang berdaulat dan harmoni serta bersatupadu
membentuk jatidiri kebanggaan negara demi menggerakkan Wawasan 2020.
1996- BUDAYA PENENTU KECAPAIAN
Reka bentuk logo mencerminkan realisasi kecapaian negara yang
progresif dan inovatif dengan keharmonian pelbagai kaum yang sepakat membina
satu budaya yang dinamis. Reka bentuk logo juga mengutarakan semangat waja
masyarakat dalam mengejar aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara yang
unggul dari setiap aspek iaitu ekonomi, sosial dan politik.
1997- AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA
Tangan berdoa dan tiga lapisan hati menggambarkan harapan negara
(tangan berdoa) semoga masyarakat berbilang kaum di Malaysia hidup harmoni (tiga
lapisan hati), mempunyai akhlak (rohaniah) mulia mengamalkan kesopanan dan
kesusilaan diri demi kejayaan negara.
1998-
NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA
Menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab rakyat membina negara
ke arah kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik.
Tiga bulatan merangkumi warna asas Bendera Malaysia berserta bintang 14 bucu
melambangkan 13 Negeri dan Wilayah di Malaysia. Bulatan biru berbentuk lembaga
manusia menjunjung wawasan serta kedaulatan negara. Warna putih melambangkan
harmoni rakyat manakala merah mencerminkan usaha padu kerajaan membentuk
wawasan negara sementara kuning melambangkan kedaulatan Negara.
1999 – BERSATU KE ALAF BARU
Menggambarkan reka bentuk seorang insan yang membawa maksud
penyatuan minda rakyat Malaysia
sejagat mendukung hasrat dan cita-cita murni negara dalam menuju ke alaf baru
yang lebih dinamik dan mencabar. Bentuk kon (V) melambangkan ke arah menuju
visi negara 2020. Warna merah melambangkan sifat berani dan yakin diri. Warna
biru melambangkan rakyat rakyat bersatu padu membentuk wawasan negara, Warna
putih melambangkan kesucian jiwa dan nilai murni rakyat. Warna kuning
melambangkan tekad dan kesatuan hati rakyat Malaysia menjunjung kedaulatan
negara
2000
-2006 - KERANAMU MALAYSIA
Logo
Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke-43 hingga ke-49 dari tahun 2000 hingga 2006 ini
menggambarkan rasa kesyukuran dan terhutang budi rakyat Malaysia yang berbilang
kaum, budaya dan fahaman politik di atas nikmat keamanan, kemakmuran serta
pencapaian cemerlang negara. Bulatan berwarna biru dan bulan bintang berwarna
kuning menggambarkan sebuah negara yang terdiri dari 14 buah negeri di mana
Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain bebas dipraktikkan dan rakyat
semuanya hidup di dalam keadaan aman, makmur dan bersatu padu. Seterusnya
mereka bertekad untuk meneruskan kecemerlangan ini di masa akan datang yang
digambarakan melalui pegangan tangan yang meruncing dan bentuk "V"
yang bermaksud vision atau wawasan
2007 – MALAYSIAKU
GEMILANG
Rekabentuk
logo ini diilhamkan dari jalur gemilang sedang berkibar yang merupakan bendera
kebanggaan rakyat Malaysia.
Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara.
Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan
dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang
menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke 50.Bahagian
dihujung angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga raya yang merupakan bunga
kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakkan lima titik dihujungnya yang bermaksud lima
rukun negara yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.Bentuk dasar
logo adalah bulat yang 'italic' / slanted ke kanan. Bentuk ini adalah
dinamik yang memberi maksud kemajuan pesat yang dialami oleh negara Malaysia
sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan Bentuk bulat juga bermaksud rakyat
Malaysia berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan
sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan.Warna merah dan putih melambangkan
keseluruhan rakyat Malaysia. Warna
biru bermaksud perpaduan yang dijalankan oleh rakyat. Manakala kuning
adalah melambangkan ketua negara, Yang Di Pertuan Agong ia juga bermaksud
kegemilangan yang dikecapi semenjak 50 tahun usia kemerdekaan Malaysia.Logo ini
yang diilhamkan dari jalur gemilang adalah kerana ia adalah satu 'entiti' yang
dibanggakan oleh setiap rakyat Malaysia. Setiap rakyat Malaysia yang
mengibarkan Jalur Gemilang sebenarnya adalah untuk menunjukkan rasa bangga
serta rasa kecintaan terhadap negara.
2008 – PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
Rekabentuk
logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu
menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”. 3 ikatan
figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di
antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.
3 rupa
bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di
Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan
dalam perpaduan. Warna merah simbol keberanian rakyat.
Putih simbol
kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang
dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan
Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna
kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.
2009 – 1 MALAYSIA
Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan
Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia
melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu
dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan
Rukun Negara.
Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa
Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa
2010 – 1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
Melambangkan
visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai
semangat cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Mencerminkan
rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan
menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
2011
– 1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
Melambangkan visi Negara iaitu untuk
mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan Negara
berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling
bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk
membina satu Negara Bangsa.