TITIAN DENAI

25 April 2010

SENI HALUS



Seni halus terbahagi kepada 4 bidang seperti diatas :


LUKISAN

Sejarah Lukisan

1. Lukisan awal di tanah air dijumpai sejak zaman batu. Manusia zaman batu melukis di Dinding Gua Tambun, Perak. Gambaran yang dilukis menggambarkan aktiviti dan perasaan mereka.

2. Perkembangan lukisan di Eropah selari dengan perkembangan catannya. Pelukis-pelukis zaman ini melukis bertujuan membuat lakaran bagi menghasilkan cetakan dan catan.

3. Perkembangan revolusi di Eropah mengembangkan seni lukisan berbentuk reka cipta.

4. Perkembangan di bidang matematik memperlihatkan pelukis menggunakan nisbah keemasan (Golden Mean) sebagai rujukan.

5. Pelukis Albrecht Durer dan Leonardo Da Vinci mula memperkenalkan skala dalam lukisan figura
PENGETAHUAN ASAS SEBELUM MELUKIS :

1. Asas seni reka 2. Perspektif 3. Cahaya, bayang dan bentuk 4. Teknik memilih sudut pandangan 5. Teknik mengukur objek mengikut kadar (kadar banding)

PERSPEKTIF :


Perbezaan Lakaran, Lukisan dan Catan

Lakaran adalah proses awal yang ringkas dan cepat untuk memperoleh idea gubahan sementara lukisan ialah peringkat kedua yang melibatkan kerja yang lebih sistematik untuk mendapatkan kesan ton, jalinan, pencahayan, ruang, perspektif dan komposisi dengan menggunakan media kering atau bukan warna basah. Sementara catan pula dengan pelbagai teknik menghasilkan gambaran dengan bahan warna dan pewarna seperti cat yang memerlukan pelarut daripada air atau minyak untuk mencairkan atau memudahkan pergerakan sapuan.


CATAN


CETAKAN

Cetakan terbahagi kepada 4 iaitu :
1. Cetakan Timbulan : blok kayu atau blok lino
2. Cetakan Benaman : blok logam (intaglio)
3. Cetakan Datar/planografi : blok batu kapur
4. Cetakan Sarigrafi/stensil : blok sutera saring.

Terdapat pula 3 jenis teknik cetakan sarigrafi :
1. kertas pendua
2. profilem/filem leker
3. foto emulsi/skrin foto

UKIRAN KAYU



Pengenalan

Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya. Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Dalam bidang ini, fokus akan ditumpukan kepada seni ukiran masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat Orang Asli.

Sejarah Ukiran Kayu Melayu Tradisional

Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.

Teknik dan Gaya

Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Dua teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah 1) tebuk terus 2) tebuk timbul.

UKIRAN TEBUK TEMBUS
UKIRAN BUNGA TIMBUL


Susunan atau pola ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu 1) pola bujang 2)pola lengkap 3) pola pemidang.

* Pola Bujang
Bentuk ini berdiri terasing, bebas, dan tidak terikat, berkait atau bersambung-sambung. Biasanya bentuk ini menampilkan motif bulan, bintang, matahari, kuntuk bunga ataupun putik buah.

* Pola Pemidang
Bentuk ini menampilkan motif yang menggambarkan pergerakan sederhana dan tidak berbelit-berbelit. Bentuk ini mempunyai bingkai atau pemidang.

Ukiran-ukiran yang dibuat dalam bentuk ini diberi nama-nama yang menarik seperti itik pulang petang, badak mudik, setampuk manggis dan lain-lain. Biasanya Bentuk pemidang digunakan untuk jala-jala rumah serta benda-benda yang terdapat di dalam rumah seperti tepak sirih, almari dan dulang kayu.

* Pola Lengkap
Bentuk ini menggabungkan ciri-ciri bentuk bujang dan bentuk pemidang. Bentuk ini menitikberatkan unsur tumbuh-tumbuhan, merangkumi akar, batang, buah, dahan, daun, putik dan sulurnya.

Alat dan Motif

Alat-alat yang digunakan untuk seni ukiran adalah seperti gergaji, ketam, tukul besi dan paling penting pahat. Motif ukiran kayu orang Melayu terbahagi kepada beberapa jenis ;

* Motif flora, sulur dan daun, tampuk manggis, bunga teratai, daun keladi dan bunga sukun.
* Motif fauna, contohnya ayam, badak dan itik (ayam berlaga, badak mudik dan itik pulang petang)
* Motif angkasa atau kosmos yang menerapkan gambaran awan larat seperti bintang, matahari, bulan dan bukit bukau
* Motif Geometri menampilkan bentuk bulatan dan bentuk segitiga yang disusun berderet. Kadangkala bentuk segitiga ini dicantum dengan sulur-sulur tumbuhan. Biasanya, motif-motif ini terdapat pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepak sirih dan barang-barang tembaga.
* Motif seni khat atau kaligrafi, menggunakan huruf Arab, terutamanya petikan Quran dan tulisan Jawi. Motif ini banyak terdapat di ambang pintu rumah, masjid dan surau serta pada alat-alat keagamaan seperti rehal.



Penggunaan

Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu.

Teknik Menjawab Soalan KERTAS 2 (SENI HALUS) PENDIDIKAN SENI VISUAL SPM

Kelebihan Kertas 2 (Seni Halus)PSV

* Soalan bocor
* Sekurang-kurangnya seminggu sebelum peperiksaan, soalan diedarkan. Langkah yang perlu diambil:

1. Pilih soalan. Tentukan perkara/objek/suasana yang ada dalam soalan
2. Cari gambar-gambar objek berkaitan soalan dari internet, majalah/suratkhabar, buku cerita dan lain-lain.
3. tiru gambar-gambar tersebut dan olah semula dari segi saiz dan rekaletaknya dalam kertas lukisan supaya menjadi gubahan yang menarik.

Hasil Gubahan Catan terbahagi kepada Ruang Dalam dan Ruang Cetek :

* Contoh Ruang Dalam





Ruang Dalam dalam catan dihasilkan apabila pelajar menjawab soalan berkaitan pemandangan atau objek/aktiviti berlaku di luar bangunan/rumah.


* Contoh Ruang Cetek

Ruang Cetek terhasil apabila catan/lukisan menggambarkan objek atau suasana di dalam bilik atau sesuatu bangunan.
BENTUK
Beri penekanan kepada bentuk objek semasa mewarna dengan memasukkan kesan cahaya dan bayang.


Contoh Gubahan Catan

RUANG DALAM terbahagi kepada
* Ruang Depan,
* Ruang Tengah,
* Ruang Belakang.

Objek hadapan lebih besar dan terperinci jalinannya. Penekanan kepada unsur bentuk melalui kesan
cahaya dan bayang.

PERSPEKTIF WARNA
Warna objek hadapan lebih terang dan beransur kabur pada latar belakang.

PERSPEKTIF
Garisan perspektif dapat menjelaskan ruang dengan lebih berkesan


CUBA SENDIRI:

Soalan 1:
Suasana pada waktu pagi. Ayam-ayam keluar dari reban mencari makanan. Seekor ayam jantan berada jauh ari kumpulan ayam yang lain. Gambarkan suasana tersebut dengan penekanan terhadap ruang lanskap dan jalinan pada ayam jantan.

Soalan 2:
Sebuah rumah batu yang usang dan terbiar serta sebahagiannya dilitupi oleh tumbuhan. Kelihatan di
sekeliling pokok-pokok besar yang tumbuh meliar. Gambarkan suasana ini.

Soalan 3:
Anda telah tersesat di dalam sebuah hutan cendawan raksasa. Kelihatan beberapa ekor binatang yang aneh sedang berkeliaran . Gambarkan situasi ini.

Soalan 4:
Sebuah titi kayu merentangi anak sungai di sebuah desa. Di hujung titi kelihatan dua orang kanak-kanak sedang leka memancing ikan. Gambarkan pemandangan ini dengan memberi penekanan kepada ruang, bentuk dan jalinan objek.

Kertas 2 (Seni Halus)PSV

** Amaran Keras

JANGAN HANYA MENGGUNAKAN IMAGINASI SEMATA-MATA!
(KECUALI ANDA MEMANG ‘TERROR’)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... http://aidaliepurnamamerindu-aidalie.blogspot.com/2011/01/lukisan-teknik-titik-pointillism.html